Nuffnang

PRK K. BESUT : KJ MASUK KAMPUNG - ANAK MUDA TOLAK BN??



KUALA BESUT — YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia semalam turun ke Kuala Besut bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut (N01). Program pertama beliau di Kuala Besut bermula dengan Program Pemuda Prihatin menyaksikan seramai 300 anak muda tempatan menyertainya.


Program santai yang bermula dari Jeti Kuala Besut menyelusuri jalan-jalan di perkampungan nelayan dan menziarahi rumah-rumah mereka yang kurang bernasib baik untuk mendengar rintihan dan masalah secara terus dari rakyat. YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan menaiki motosikal secara konvoi bersama anak-anak muda lain.

Khairy menyifatkan program seumpama ini lebih sesuai dibulan ramadhan dan lebih dekat dengan rakyat dan pengundi muda. “Ini cara kempen paling berkesan.. pada siang hari. Kita tak ada program-program besar, tak ada himpunan-himpunan besar, tak ada ceramah besar” kata Khairy Jamaluddin.

“Walaupun saya hanya buat dalam 10 buah rumah tetapi kita pecah-pecah, saya ambik sepuluh, yang lain 10 buah lagi.. Kita memecahkan tanggungjawab kita” Ujar beliau lagi.

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia berharap bahawa melalui pendekatan ini pemuda-pemuda yang diziarahi dapat disuntik semangat kepada mereka bagi terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional.









 - LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK : KLIK SINI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top