Nuffnang

BONGKAR!! ANWAR SERAH MC PALSU UNTUK LENGAHKAN BICARA MAHKAMAH!






KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay pada Rabu membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0.

Yuktes tiba bersama-sama dua rakannya di Balai Polis Jalan Travers, di sini pada kira-kira 10.40 pagi untuk membuat laporan polis itu.


Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau mendakwa Anwar menyerahkan dokumen cuti sakit palsu itu pada September tahun lepas kepada mahkamah.

Beliau turut menyerahkan bukti dokumen cuti sakit palsu itu kepada polis.

"Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk S. Ambiga memandang serius isu penggunaan dokumen cuti sakit palsu oleh Anwar.

Yuktes menjelaskan beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbangkan keselamatannya setelah beliau banyak menerima kecaman dan ugutan setelah surat-surat terbukanya kepada Anwar disiarkan di laman-laman portal.

Sementara itu, sepanjang kempen Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut, Anwar Ibrahim belum sekali datang untuk berkempen atau menjenguk muka. Walhal dalam keadaan biasa, tanpa pilihanraya pun, Anwar Ibrahim sanggup bergerak ke sana ke mari, termasuklah ke kawasan pedalaman semata-mata untuk berkempen.

Keadaan itu tidak berlaku di Kuala Besut. Anwar Ibrahim seperti terkena sumpahan, tidak boleh menjejakkan kaki ke tanah Kuala Besut atau dia akan muntah darah. Bahkan cakap tentang Kuala Besut sekalipun, Anwar Ibrahim kelihatan cukup sukar untuk melakukannya.

Ramai yang beranggapan, Anwar Ibrahim hanya menunggu masa dan saat-saat terakhir untuk muncul di Kuala Besut bagi mewujudkan gelombang sokongan kepada PAS. Apabila dia berjaya berbuat begitu, Anwar Ibrahim akan menggunakan keadaan berkenaan untuk menunjukkan kepada PAS bahawa dia jauh lebih baik berbanding Presiden PAS yang dikatakan lemah dan tidak berwibawa langsung.

Di Parlimen pun, Anwar Ibrahim kurang menyengat dan kurang menimbulkan polemik sebagaimana yang sering dilakukannya sebelum ini. Budak-budak suruhannya seperti Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Mohd Akin, lebih banyak bermain kemaluan sendiri sebelum hujah mereka dipatahkan dan kemudian terpaksa menimbulkan isu lain.

Apa sebenarnya yang telah berlaku?

Apakah Anwar Ibrahim sudah keletihan dan kehabisan tenaga? Atau adakah Anwar Ibrahims ebenarnya sedang memberikan ruang yang lebih besar kepada DAP yang selama ini bergerak di belakangnya untuk membuktikan bahawa DAP sebenarnya lebih bijak dengan taktik serta teknik serangan yang tidak membabi buta, sepertimana yang ditunjukkan sebelum ini?

Persoalan demi persoalan boleh ditimbulkan tetapi yang pasti, manusia seperti Anwar Ibrahim tidak akan berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja. Dia tentu ada rancangan besar untuk menimbulkan kegemparan dan gimik seperti yang biasa dilakukannya di Kuala Besut.

Kita tunggu sama-sama!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top