Nuffnang

MUSNAH!! 20 Rumah Kedai Terbakar Di Sibu!!




SIBU: Sebuah kebakaran telah memusnahkan 20 kedai di Jalan Tukang Besi di sini hari ini, menjadikannya kebakaran ketiga di bandar ini dalam tempoh kurang dari sebulan.

Anggota bomba dan empat jentera mengambil masa kira-kira dua jam untukmengawal kebakaran yang bermula 11 pagi, dan menghalangnya daripada merebak ke kedai berdekatan.


Antara kedai yang musnah adalah dua makmal perubatan, kedai buku, bengkel membaiki motosikal, kedai tukang emas/senjata, klinik swasta, restoran dan pejabat cawangan dua akhbar berbahasa Cina iaitu ’The International Times’ dan ’Berita Petang’.




Menurut seorang saksi, Dr. Isaali Wasli, yang mengusahakan Klinik Ali di kawasan itu sejak 24 tahun lepas, beliau sedang merawat beberapa pesakit di klinik berkenaan ketika kebakaran tercetus.

Beliau menyuruh pesakit beredar sebelum kebakaran merebak ke kliniknya, dan berkata kebakaran dipercayai bermula dari sebuah daripada kedai di tingkat satu bangunan kedai sebaris itu.







Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top