Nuffnang

RASMI!! PR Minta Mahkamah Ketepikan Keputusan PRU 13



Pakatan Rakyat (PR) hari ini memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepi keseluruhan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) membabitkan 222 kerusi Parlimen dan pemilihan baru dijalankan semula.

Ia dikemudakan ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat, PKR, PAS, DAP selain lima pemimpin pembangkang, Datuk Saifuddin Nasution, Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Arifin Rahman and R Rajoo selaku plantif.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bersama lima anggota suruhanjaya itu pula dinamakan sebagai defendan.

Lima anggota itu ialah Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr P Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansorn dan Abdul Aziz Khalidin.

Ia dibuat berikutan SPR didakwa mengendalikan proses pilihan raya ke-13 (PRU13) secara adil terutama aspek penggunaan dakwat kekal hingga membawa kepada penipuan besar-besaran.

Dakwaan penipuan itu sekaligus meranap integriti PRU13 dan menyebabkan gabungan parti pembangkang terlepas peluang untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Tindakan yang belum pernah berlaku dalam Malaysia, mungkin juga pertama kali di negara Komanwel.

BB : Mohon ketepi tapi mereka sibuk juga semasa ahli-ahli Parlimen yang menang mengangkat sumpah. Hish!! Tak paham sungguh!! Ni sama ler juga dengan konsep orang yang mengambil atau menerima bantuan dari satu pihak tapi apabila membuat pilihan, pilih pihak yang satu lagi walaupun sebenarnya seluruh hidupnya dan warisnya dibesarkan oleh duit yang dibayar oleh pihak tersebut.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top