Nuffnang

OPS DAULAT : Pitas Lokasi Kubur Pengganas??



Tindakan pihak berwajib menguburkan sebahagian daripada mayat Pengganas Sulu yang terkorban di Lahad Datu di kawasan perkuburan di Kg. Bawang, Pitas menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat Pitas.

Salah seorang yang menyatakan rasa terkejut ialah Paluyan Marutin, seorang pemimpin kaum Kimaragang dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Anak Negeri semasa era PBS dan awal pemerintahan BN di N.3 Pitas.

Sebagai seorang yang mengetahui tentang adat budaya kaum peribumi di Sabah, Paluyan menimbulkan beberapa persoalan ekoran tindakan ini. Perkara utama ialah, apakah asas utama dari segi perundangan, eksekutif mahupun adat budaya yang membolehkan pengganas tersebut dikuburkan di Pitas?

Paling penting, Paluyan mempersoalkan tentang Sogit. Adat tidak pernah terhapus dan amat mengecewakan kerana pihak berwajib membelakang adat yang menjadi amalan tradisi semua kaum pribumi di Pitas.

Dalam isu ini, beliau menambah bahawa Sogit mesti dibuat bukan sahaja untuk penduduk kampung berkenaan malah kepada semua rakyat di Pitas; apatah lagi tanggapan buruk bahawa rakyat Pitas adalah sebahagian daripada Pengganas Sulu?


Oleh : MASIAU MAKLIN (Sabahkini)


BB : Harap Ada Penjelasan Dari Pihak Bertanggungjawab Berhubung Isu Ini
Share this article

1 Komen:

  1. Apa main sogit2 lagi, gali balik dan buang sja tu mayat ke suatu tempat. biar diurg tiada kubur. Budulah kamu klau kamu/kita kasi biar sja itu kubur sana.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top