Nuffnang

APA NAK JADI? PERANG BESAR PKR DAN PAS DI PERLIS

Sumber dalaman mendedahkan bahawa PAS telah kemukakan 3 calon di ketiga-tiga kawasan parlimen dan membolot kesemua 8 DUN yang berpotensi menang di Perlis. Sekali gus meninggalkan PKR terpinga-pinga cuba memahami apa yang berlaku. PKR dikatakan telah mengesahkan kerusi Kangar untuk Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis. 

Dr. Juanda juga telah bersedia untuk menemui Tuanku Sultan untuk meletakkan jawatan hari ini selepas pengumuman yang sepatutnya dibuat oleh Anwar di dalam ceramah di Kuala Perlis semalam. Namun, perancangan tersebut telah disabotaj oleh PAS yang memberikan teks ucapan lain untuk dibaca oleh penceramah PKR, yang mana terkandung di dalamnya pengumuman nama-nama calon PAS termasuk di Parlimen Kangar. Penceramah PKR tidak mampu berbuat apa-apa setelah tersedar dirinya sudah terkena. 

Akibatnya, Dr. Juanda yang sudah teruja untuk menjadi calon, kecewa dan marah dengan Anwar yang gagal mempertahankan PKR. PKR Perlis kini berhadapan dengan warna sebenar sekutu mereka, PAS, yang ternyata sebuah parti berslogankan Islam, tetapi bertindak seperti syaitan. Nampaknya, syaitan akhirnya bertemu dengan syaitan di dalam pentas yang sama. Lebih dahsyat lagi, perang antara syaitan ini, diketuai oleh Haron Din, iaitu antara ‘ulama penghalau syaitan’. 

Haron Din kini sedang menggerakkan penolakan besar-besaran terhadap Anwar Ibrahim dan telah pun menyatakan secara langsung kepada Ketua Pembangkang tersebut bahawa PAS tidak akan menerima beliau sebagai Perdana Menteri. Alasannya, ialah kerana PAS cukup maklum siapa Anwar Ibrahim sebenarnya, iaitu seorang pengamal biseksual bebas, Bapa Politik Wang, pengkhianat negara, boneka Zionis serta pelopor pluralisme dan liberalisme di Malaysia. 





Namun, Haron Din Ulama penghalau syaitan ini tidak pula sanggup mengisytiharkan perang secara terbuka terhadap Anwar Ibrahim, sebaliknya hanya menyerang secara sembunyi-sembunyi agar orang tidak tahu. Secara zahirnya, beliau masih lagi bersekutu dengan Anwar dan bersetuju mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri. Ini tentunya menyukarkan Anwar bertindak balas, apatah lagi di Perlis, di mana sokongan terhadap PKR amatlah tipis. 

Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa mengalah kepada kelicikan para ‘Ulama’ PAS. Mungkin, ini merupakan cara PAS ‘membalas’ tindakan Anwar mengenepikan parti itu dalam beberapa isu yang melanda PR akhir-akhir ini. Antaranya, isu Kalimah Allah, isu salon di Kelantan dan lain-lain. Namun, kelicikan yang sama juga telah ditunjukkan oleh PAS terhadap DAP. Ketika mengumumkan calon-calon di Kedah parti DAP telah tidak dibawa berunding langsung mengenainya. 

DAP telah diketepikan terus oleh PAS Kedah sehingga memaksa mereka mengadu kepada Anwar Ibrahim, yang kemudiannya terbukti tidak mampu berbuat apa-apa. Pendek kata, jangan sekali-kali kita merendah-rendahkan kemampuan ‘Ulama’ berpolitik. Sesungguhnya, jika mereka berpolitik, mereka tidak lagi mengira kawan, lawan, fakta, angka mahupun ayat-ayat Al-Quran. Segalanya boleh, dan segalanya mungkin bagi Ulama PAS. 

Hukum Hudud, Kalimah Allah, Mengkafirkan sesama Islam, Mengangkat bukan Islam setaraf Khalifah sahabat Nabi, semuanya halal atau mungkin juga haram bergantung kepada masa, keadaan dan tempat. Sikap PAS ini benar-benar memeningkan kepala PKR dan DAP. Sudahlah parti-parti mereka sendiri berhadapan dengan masalah dalaman di mana PKR berhadapan masalah perebutan kuasa dan masalah peribadi di Selangor dan DAP pula di Johor, kini mereka perlu pula berhadapan dengan kelicikan PAS. 

Nampaknya, ketidakpuasan hati sesama sendiri benar-benar menghancurkan Pakatan Rakyat di saat-saat genting ini. Sehinggakan, Perlis, sebuah negeri yang begitu kecil juga mampu mencetuskan perang besar. Khabarnya, PR Perlis benar-benar bergolak, dan moral untuk menghadapi pilihanraya benar-benar sudah hilang. Mereka kini termangu-mangu cuba memahami siapakah rakan dan siapakah musuh politik mereka yang sebenar-benarnya
Share this article

8 Komen:

  1. Mufti Perlis nak join PKR? Tak sangka bodoh juga dia.

    BalasPadam
  2. Bukan bodoh, itu lah satu-satunya kelebihan Anuwar, orang boleh cair kalau dengar hujah dia.

    BalasPadam
  3. bukan bodoh ... tetapi sebenarnya adalah tanda kemakbulan sebuah doa dari manusia yang agung ... tgna yang mendoakan puak yang batil berpecah belah ... akhirnya Allah memecahbelahkan persekutuan puak-puak yang btil itu ... cumanya mereka tidak Nampak atau tidak mahu melihat bahawa doa mereka telah dimakbulkan oleh Allah apabila perpecahan mula melanda kepada puak depa

    BalasPadam
  4. image je islam. kenapa x masuk PAS tapi masuk PKR ??? dah tentu la ketua PKR org yg suka main lubang jamban. mufti tu pun suka lubang jamban kot hohohoho....

    BalasPadam
  5. waaa...mufti yg pandai agama pun tolak UMNO......mesti ada masalah dgn Islam , UMNO ni.....kalau semua mufti sokong UMNO boleh kata depa ikut Islam tp.....ada yg lawan jgk......masalah UMNO ni kot....hmmmmmmmm

    BalasPadam
  6. Apa salahnya mencuba yang baru, belum cuba belum tahu, mana tahu lebih baik jadinya.. kalu tak baik, tukar la balik kepada yg lebih baik.. hak rakyat membuat pilihan.. itu lah kuasa rakyat dan rakyat berkuasa dalam demokrasi namanya... bukan rakyat yang bersusah payah untuk pemimpin, tapi pemimpin yg berkuasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak salah nak cuba kalau baju atau kereta baru. ini nasib sebuah negara. pemerintahan negara bukan satu eksperimen. peralihan kuasa hanya dlm tempoh 5 tahun. mcm2 boleh jadi...kalau dah tergadai... kita hanya boleh gigit jari.

      Padam
  7. Sokong, lau pas mnang kat jb tu pun wa takde hal.. ni dap suda pegang byk tempat.. tak tahu pihak mana yang tak bertanggungjawab.. buleh tengok sniri kat area gelang patah banner pojek prumahan dll dlm tulisan cina byk suda naik.. kepala dap sndiri da kluar akhbar mempersoalkan menteri besar bukan hanya untuk org mlayu dan islam tapi itu pilihan rakyat... bagus2, inikalilah malaysia huru hara dalam sejarah selepas merdeka!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top