Nuffnang

Lagi Pelakon Cuba Nasib Dalam Politik - Abu Bakar Omar

Seorang lagi pelakon terkenal, Abu Bakar Omar menyatakan sikapnya untuk menyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam TV1 dan TV3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini.



Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa



Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi.

Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Abu Bakar berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah.
Share this article

1 Komen:

  1. malam ni nak diet, makan nasik ngan ikan masin...huhu!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top