Nuffnang

OPS DAULAT : Malaysia - Filipina Tukar Maklumat Kes Pencerobohan Sabah




SANDAKAN 9 April - Pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina sentiasa bertukar maklumat mengenai tangkapan berkaitan insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, setiap maklumat siasatan mengenai individu yang ditahan berhubung pencerobohan militan Sulu itu akan dimaklum kapada Manila dan begitu juga sebaliknya.

"Kami bertukar maklumat bukan bertujuan mahu campur tangan dalam politik domestik Filipina tetapi ini adalah kerjasama pintar antara Malaysia dan Filipina," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Penjara Sandakan di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid melawat KD Sri Sandakan, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini, dan dalam ucapannya beliau berterima kasih kepada kerajaan Filipina yang membantu Malaysia memperkukuhkan kawalan di perairan negara itu dalam menangani insiden pencerobohan militan dari selatan negara itu.

Tentera Laut Filipina dan pengawal pantai memberikan kerjasama penuh hingga membawa kepada penangkapan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah bulan lepas, katanya. - BERNAM


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top