Nuffnang

TERKINI : Gambar Pengganas Yang Dibawa Keluar Ops Daulat






Pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin. 


Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat. 


Lelaki tersebut ditembak mati di Kampung Tanjung Batu pada Ahad selepas dua anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan. 






Jumlah anggota keselamatan yang cedera kini meningkat kepada lima orang. 


Hamza berkata, enam lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas itu ditahan, menjadikan jumlah tahanan kini 97 orang. 


Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. 


Sementra itu, seramai 125 individu lagi turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan operasi. 


Hamza berkata, operasi menggeledah di Kampung Tanduo telah selesai dan pasukan keselamatan kini berada pada peringkat akhir untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu.

SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. Hapuskan penceroboh dengan segera di Felda Sahabat 22 Lahad Datu.Supaya penduduk di Kg Fajar Harapan berada dalam keadaan yang selamat.

    BalasPadam
  2. bnh je semua orang sulu ni..menyusahkan negara kite jew

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top