Nuffnang

TINDAKAN SERTA-MERTA KE ATAS CIKGU HINA PEJUANG - KSN





Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan kerana kejadian pencerobohan itu benar dan ada anggota pasukan keselamatan yang terkorban mempertahankan negara.

Beliau berkata tidak semua penjawat awam memberikan komen yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya hanya segelintir yang membuat komen negatif terhadap insiden pencerobohan militan itu.

"Jika kami mendapat bukti mana-mana penjawat awam terlibat, tindakan akan diambil serta-merta," katanya kepada pemberita dalam lawatannya ke markas operasi pasukan keselamatan di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Ali berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan segelintir penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu di Lahad Datu melalui media sosial Facebook, Twitter dan blog.

Beliau berkata tindakan tatatertib akan diambil terhadap seorang guru dari Kelantan yang didakwa menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di laman Facebooknya baru-baru ini. 




Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata kementerian itu akan mengambil tindakan tegas terhadap guru itu yang menghina dan mengguris hati banyak pihak serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidik di negara ini.

Insiden pencerobohan militan di Lahad Datu sejak 12 Feb lalu telah mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera.

Ali turut menasihatkan penjawat awam supaya lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat dan komen yang dikeluarkan di laman sosial mereka.

"Ini masanya bukan saja penjawat awam tetapi semua rakyat patut ada semangat patriotik yang kuat. Kita sekarang diserang pengganas, inilah masanya kita bersama-sama menentang mereka," katanya.

BERNAMA
Share this article

1 Komen:

  1. Orang sakit mental, so don't take it so hard.. mungkin dia sakit mental tu pun sebab tekanan teruk daripada sekolah, ppd, jpn, kpm.. check dulu before taking actions.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top