Nuffnang

Luahan Artis Sabah #PrayForSabah


PETALING JAYA: Biarpun tidak bersama-sama untuk berjuang menentang penceroboh di Lahat Datu, namun sebahagian artis dari Sabah membantah kejadian itu selain memberi sokongan terhadap anggota keselamatan yang berjuang untuk negara.





Penyanyi berasal dari Tambunan, Sabah, Jimmy Palikat, 34, menganggap peristiwa pencerobohan ini membuka mata masyarakat betapa besarnya pengorbanan dan perjuangan perajurit.

“Saya sangat sedih mendengar ramai anggota polis kita yang mati dibunuh tentera Sulu, sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menghormati dan menyanjung mereka yang terkorban sebagai wira negara.

“Selama ini kita selalu mempertikaikan tugas-tugas anggota polis dan tentera, sekarang baru kita sedar betapa besarnya tanggungjawab yang mereka pikul untuk pertahankan negara,” katanya kepada mStar Online, pada Jumaat.

Tambah Jimmy, dia sering mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa tentang isu pencerobohan tersebut.

“Selama ini kita hidup dalam keadaan aman damai, jadi bila timbul huru-hara seperti ini kita jadi panik dan ingin tahu. Lebih-lebih lagi tempat tinggal saya di Tambunan tidak jauh dari tempat kejadian,” ujarnya.



Marsha Milan Londoh



Kata Jimmy, dia dan keluarga sentiasa berhati-hati berikutan berita tentang penyamaran tentera pengikut individu yang mendakwa Sultan Sulu iaitu Sultan Jamalul Kiram III di perkampungan-perkampungan di Sabah.

“Saya dengar penceroboh sudah merebak ke beberapa kawasan dan keluar dari Lahat Datu, oleh itu saya dan keluarga mengambil langkah berhati-hati dan berharap pencerobohan ini dapat diselesaikan dengan segera.

Sementara itu, penyanyi Marsha Milan Londoh, 29, turut bimbang dengan perkembangan berita pencerobohan yang masih belum selesai.

“Ketika menerima berita ini, saya sangat terkejut, selama ini kita hidup aman sejahtera dan tidak menyangka ia boleh jadi begitu serius.

Ramai lagi artis Sabah sebenarnya. Jom tengok apa pulak respon diorang DI SINI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top