Nuffnang

KENYATAAN MEDIA TUDM : Isu Hina Anggota Keselamatan Di Lahad Datu

Tindakan segera TUDM ke atas isu ini amat dialu-alukan. Semoga tidak akan berlaku lagi perkara sebegini yang bukan sahaja melemahkan moral anggota tentera, tetapi menanam perasaan benci orang awam kepada mereka.


TUDM dengan itu juga mengatakan bahawa komen Mejar berkenaan adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan etika sewajarnya sebagai tentera ATM dan TUDM khasnya. Pihak TUDM juga telah menegaskan bahawa sebelum ini, arahan dan panduan penggunaan laman sosial telah dikeluarkan kepada seluruh warga TUDM.




TUDM kini sedang menyiasat secara terperinci dan akan mengambil tindakan susulan berpandukan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.Pihak TUDM juga yakin bahawa insiden ini tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama yang erat terjalin di antara dua badan keselamatan itu. Pihak TUDM juga berharap insiden ini tidak akan menjejaskan moral dan semangat kesemua anggota keselamatan yang sedang bertugas di kawasan itu.




Untuk Makluman Pembaca jua, Pegawai ini juga telah mendapat balasan di atas sikap takbur dan bongkaknya. KLIK SINI



BB : HARAP BUKAN SETAKAT AMARAN, TETAPI TINDAKAN TEGAS BAGI MEMASTIKAN PERKARA YANG SAMA TIDAK BERULANG!!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top