Nuffnang

MANIFESTO PR - Apa Kata Tun Mahathir???

Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.





Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.


"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," 


Itu kata Tun M pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

Kelmarin, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, PKR dan Pas boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.


Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.
Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.


"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.







"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," 


Mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah, Dr Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan melalui pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.

Ditanya sama ada isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak beliau, Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir akan ada perbezaan jika saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab." - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top