Nuffnang

Kisah Masa Depan Anak Muda Sabah : MESTI TONTON

Perlu dilihat video ini bah..

.



Sementara itu,  Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin yakin pengundi di Putatan khususnya pengundi muda akan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara dan negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan seterusnya berkata parlimen Putatan yang terdiri daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas dan Tanjong Aru dikenali sebagai kubu kuat BN.
“Saya yakin pada PRU-13 nanti, pengundi di kawasan Putatan termasuk para pengundi muda akan terus memberi kepercayaan kepada BN untuk terus meneraju kerajaan,” katanya.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata demikian pada Majlis Santai Bersama Pengundi Muda dan Pengundi ‘First Timer’ di perkarangan rumahnya di Kuala Putatan II semalam, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang terutama pengundi muda.




Beliau berkata BN berjaya membawa banyak pembangunan kepada rakyat termasuk di kawasan Putatan yang menyaksikan perubahan dan pembangunan ketara untuk kesejahteraan rakyat.
Di bawah pentadbiran BN, katanya Putatan kini memiliki Pejabat Daerah dan Majlis Daerah sendiri, selain pelbagai projek pembangunan dalam peringkat pelaksanaan antaranya sekolah menengah baru, masjid baru Kampung Lok Kawi dan projek pembesaran jalan raya Putatan.
Beliau berkata pembangunan dan bantuan untuk rakyat merupakan perjuangan berterusan BN bagi memastikan rakyat jelata menikmati kehidupan yang baik.

BB : Ini Kali La..... Anwar Jatuh Tak Bangun-Bangun Dah!!! 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top