Nuffnang

KALIMAH ALLAH : ORANG ISLAM WAJIB BACA!!!!!

Kenyataan Dr. Haron Din di Taiping baru-baru ini mengenai kalimah Allah adalah tegas dan jelas. Beliau akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayatnya.


Sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Syura Pas pendirian yang diambil olehnya itu adalah selari dengan syarak. Ia juga selari dengan Enakmen Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan juga Majlis Fatwa Negeri dan Persekutuan.





Pendirian Dr. Haron itu adalah tepat dan bijaksana. Tepat kerana isu Allah dan kalimah Allah adalah isu pokok dalam Islam. Allah dalam makna dan hakikat tidak boleh disamakan dengan konsep Trinity yang ada dalam Kristian yang mendukung faham satu dalam tiga dan tiga dalam satu.


Bijaksana kerana Dr. Haron tampil di waktu kekeliruan berlaku sehingga Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang terjebak sama dengan permainan Anwar Ibrahim dan Karpal Singh dan Nik Aziz yang mulanya membuat kenyataan lain terpaksa melakukan 'U-turn'.


Meski Nik Aziz bertemu dengan Karpal Singh dengan politik diplomasinya, Karpal Singh tetap dengan pendiriannya mahukan kalimah Allah digunakan sedangkan pendirian Nik Aziz sering berubah-ubah apalagi yang berkaitan dengan isu syarak.




Khalayak tidak terkejut dengan sikap Anwar mengenai kalimah Allah. Sebagai penganut fahaman pluralis, Anwar menjadi semakin pragmatik dan sanggup melakukan apa saja untuk sampai ke Putrajaya.


Sebagai bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Anwar tahu kepentingan Majlis Syura walaupun sewaktu meninggalkan ABIM untuk menyertai politik, beliau tidak ikut sistem syura.


Pendirian Dr. Haron dalam memahami realiti politik rantau in iamat relevan. Kristianisasi dalam bentuk gerakan Evangelis amat agresif dan melakukan pelbagai cara supaya dakyah mereka terjadi.


Pada 26-30 Mei 2003, berlaku Conference of Asian Evangelical Church Federation di Hotel Narita, Tokyo, Jepun. Persidangan itu menghasilkan beberapa rumusan penting berkaitan strategi penyebaran misi Kristian di kawasan Asia.


Pada November 2003, berlangsung Persidangan Persekutuan Gereja-Gereja Injili Indonesia di Wisma Kinasih, Bogor, Indonesia. Persidangan ini melahirkan dua agensi. Pertama, Indonesian Rural Christianity Ministry (RCM) dan kedua Nation Care For Indonesia (NCFI) dengan memberi fokus membangunkan gerakan Kristianisasi di luar bandar dan kawasan pedalaman.


Ada sepuluh strategi yang diaturkan terutama selepas pasca reformasi seperti membina gereja haram, kristianisasi melalui pendidikan, melalui bantuan dan aktiviti sosial, melalui politik, melalui hiburan, menghina Islam dan memanipulasi ayat al-Quran dan hadis, mengembangkan ajaran sesat dan lain-lain lagi.


Amat penting kalimah Allah dan kalimah-kalimah lain yang ekslusif untuk Islam dipertahankan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan generasi muda khususnya yang lemah ilmu dan imannya.




Bayangkan kalau Trinity itu hakikatnya Allah dan Allah dalam Islam dianggap sama macam Trinity, maka tiada beza Islam dan Kristian. Doktrin Trinity dalam Kristian dan Allah dalam Islam berbeza dalam makna dan manifestasi.


Allah dalam Islam membawa manifestasi tauhid yang sifatnya mendasari ibadah, syariah dan akhlak sedangkan manifestasi Trinity tidak membawa maksud sedemikian. Hakikatnya ia tidak serupa. Kalau sekadar menukar nama dan istilah ia tidak memberi makna apa-apa malah mengelirukan.


Sebab itu pendirian Dr. Haron adalah pendirian syarak dan berasaskan pemahaman terhadap waqi' dan realiti rantau Melayu yang sedang mendepani gejala murtad atau 'riddah'.


Sebagai ahli ilmu atau ulama, keberaniannya menyatakan kebenaran adalah sesuatu yang amat dihormati. Para ulama dan ilmuwan Islam harus berani tampil menyatakan yang benar itu benar. Jangan jadi ilmuwan dan ulama yang 'mati rasa' yang enggan menjadi tahu sesuatu yang tidak diketahui dan partisan kepada tokoh dan kelompok yang memperjuangkan liberalisme dan pluralisme.


Ilmuwan dan ulama seperti ini bakal ditolak oleh umat. Umat memerlukan pedoman yang benar bukannya silat lidah politik mempertahankan sesuatu kerana kawan dan kerabat.


Walaupun Dr. Haron dihina dan dicemuh kerana pendiriannya ini, namun pendiriannya ini adalah tepat dan bijaksana kerana faktor syarak dan pemahaman terhadap waqi' atau keadaan dipertahankan di samping jangka panjangnya menginsafi bahaya murtad di negara jiran dan di negara ini.

Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top