Nuffnang

TERKINI : MENTERI SAHKAN SUSPEK PEMBUNUH DIRANG DITAHAN

Kuala Lumpur : Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, pihak polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang, Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Beliau berkata polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan.
“Saya ingin mengesahkan bahawa pihak Polis telah menahan empat suspek bagi membantu siasatan mengenai pembunuhan adik Nurul Nadirah yang mati dibakar tempoh hari.

Keempat-empat suspek telah ditahan di pasir Gudang Johor dan akan dibawa ke muka pengadilan secepat yang mungkin" Ujar beliau ketika ditemui di Parlimen semalam.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Beliau juga turut melahirkan rasa terima kasih kepada masyarakat yang prihatin dengan kejadian yang berlaku serta mengharapkan agar lebih banyak usaha dari masyarakat dalam membantu pihak Polis terutamanya mengekang jenayah sebegini dari terus berulang - KL POS
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top