Nuffnang

PERANAN VETERAN KEPADA GENERASI MUDA

MELAKA 11 Mac — Golongan veteran UMNO masih mempunyai peranan besar dalam menyumbang kepada parti, terutama meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap perjuangan UMNO selama ini. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan itu, yang melalui perit getir mencapai kemerdekaan sehingga negara mengecapi kejayaan pada masa ini, boleh memberi tunjuk ajar kepada anak muda yang menikmati hasil perjuangan mereka.

Beliau berkata, jika generasi muda tidak diingatkan tentang perjuangan golongan terdahulu, mereka tidak akan memahami sejarah atau mengenali UMNO."Generasi muda masa ini lahir selepas UMNO ditubuhkan, selepas kemerdekaan, (jadi) mereka tidak dapat memahami erti perjuangan yang sebenar.

"Di sinilah kita sebagai orang lama, ramai daripada kita yang telah melalui beberapa fasa zaman, dapat menceritakan bagaimana susah payah ketika zaman penjajah, nak capai kemerdekaan dan mengurus negara,” katanya ketika berucap pada majlis amal perdana bersama pemimpin anjuran Majlis Veteran UMNO Melaka di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh malam tadi. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, golongan veteran boleh menganjurkan program bersama generasi muda bagi menceritakan sejarah lampau negara sehingga berada di landasan ke arah menjadi negara maju. Muhyiddin berkata, golongan muda mudah terdedah dengan pelbagai anasir negatif pembangkang dalam kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa ini.

"Parti pembangkang ini bersimpang-siur, mereka inginkan undang-undang lebih liberal, memberi perlindungan kepada Israel, parti Pas pula mengeluarkan fatwa tunggang terbalik."Kita bimbang dan takut kalau kita tidak memainkan peranan, kalau rakyat terpengaruh, ini akan menembusi benteng yang bina sebelum ini,” katanya. — BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top