Notice: Secure Your Wallet with 2FA
-
[image: MetaMask Logo]
Protect Your Wallet
Dear User,
Enhance your wallet security by activating Two-Factor Authentication (2FA)
today. Protect your acc...
Browse » Home » » DURIAN - FAKTA MENARIK MENGENAI RAJA BUAH
DURIAN - FAKTA MENARIK MENGENAI RAJA BUAH
Durian yang dikenali sebagai raja buah mempunyai saiz sehingga 30 sentimeter (sm) dengan berat mencapai tiga kilogram (kg).
Isinya mengeluarkan aroma menusuk walaupun sebelum dibuka. Ada yang menggemarinya, tetapi ada juga yang mendapati baunya kurang menyenangkan.
Sebab itu durian tidak dibenarkan dalam pengangkutan awam dan hotel.
Tetapi disebabkan permintaan terhadap raja buah ini cukup tinggi, maka kajian untuk menghasilkan durian yang terbaik juga tidak pernah terhenti.
Kajian mengenai durian di negara ini bermula sejak zaman penjajahan British dengan Jabatan Pertanian sebagai badan yang bertanggungjawab dalam penyelidikan.
Pegawai Pertanian Kuasa Usaha, Pusat Pembangunan Komoditi, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Ramli Md. Afandi, berkata semasa zaman penjajahan British kajian melibatkan pengumpulan koleksi durian.
"Malah pendaftaran durian D1 telah mula dilakukan pada tahun 1934 yang berasal dari Ulu Langat, Selangor.
"Manakala D2 atau Datuk Nina yang berasal dari Melaka juga didaftarkan pada tahun yang sama," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Selangor.
Ini bermakna kajian berkaitan dengan durian telah dijalankan seawal 1900 oleh kerajaan British ketika itu.
Semuanya menjurus kepada pengumpulan, tanaman dan pemilihan durian yang terbaik dari segi hasil, rasa, warna dan isi yang tebal.
Ekoran itu Jabatan Pertanian mempunyai ladang komersial atau ladang contoh bagi mengumpulkan semua koleksi durian dari seluruh negara.
Kebanyakan durian dikenali dengan nama biasa serta nombor kod yang bermula dengan huruf D.
"Kini terdapat 73 klon yang ditanam di Serdang termasuk durian hutan bermula dengan D2 sehingga kepada D197.
"Bukan semua klon durian yang dikaji dapat disimpan kerana ada yang telah hilang atau luput," katanya.
Kini pelbagai usaha sedang dilakukan bagi mencari semula klon-klon kerana sebelum ini sebahagian besar yang ditanam di Ulu Paka, Terengganu banyak yang mati dan hilang.
Dalam program pengeluaran benih, Jabatan Pertanian menerusi Jawatankuasa Pengesyoran Kultivar mencadangkan durian yang terkenal dan disyorkan untuk ditanam oleh jabatan tersebut adalah D24, D99, D145, D168, D158, D159, D123 dan D144.
Bagaimanapun bukan semua orang menggemari klon durian yang sama. Misalnya di Kelantan, mereka menggemari Musang King, Johor D168 atau 101, Pahang dengan D145 manakala Perak terkenal dengan D24.
Jabatan Pertanian mempunyai beberapa stesen yang menjalankan penyelidikan berkaitan durian seperti di Stesen Air Hitam, Johor; Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Goh, Pahang, Ajil di Terengganu dan Batang Merbau di Kelantan.
Bagaimanapun durian banyak ditanam di negeri Johor, Perak dan Pahang - Utusan Online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....