Nuffnang

BELIA PILIH PENJARA KERANA TAKUT

KANGAR: Seorang lelaki yang dituduh memiliki mercun dan bunga api di Mahkamah Majistret di sini, semalam, memilih hukuman penjara dipercayai bagi mengelak risiko bakal mengancam keselamatannya jika dibebaskan kerana berhutang dengan beberapa orang sebagai ‘rakan kongsinya’ bagi menjalankan kegiatan menyeludup mercun serta bunga api.






Malah, kekecohan berlaku apabila beberapa orang dipercayai rakan kongsinya itu mengerumuni tertuduh ketika dia dibawa dari lokap mahkamah untuk dibicarakan tetapi keadaan dapat dikawal anggota polis dan peguamnya.


Difahamkan mereka mengugut memukul tertuduh malah ada sanggup mengeluarkan wang menjaminnya agar dia dibebas sementara.

Tertuduh, Zaid Idrus, 40, yang tiada pekerjaan tetap membuat pengakuan bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 di hadapan Majistret Zuhair Rosli.


Zuhair menjatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM3,000 terhadap tertuduh kerana memiliki mercun dan bunga api di Pusat Kuarantin Lama, Padang Besar pada 14 Ogos tahun lalu.


Zaid diwakili peguam, Zuhair Ahmad Zakuan manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohd Sobrey.

Pada perbicaraan tahun lalu, tertuduh tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan, tetapi menukar pengakuan kepada bersalah semalam, dipercayai selepas memikirkan keselamatannya berhadapan dengan pemiutang yang menunggu di luar mahkamah.


Ketika prosiding, Zuhair memohon mahkamah meringankan hukuman terhadap anak guamnya bagi membolehkan dia segera dibebaskan dan bekerja semula bagi menjelaskan hutangnya.

“Anak guam saya berhutang lebih RM90,000 daripada beberapa orang dan mohon mahkamah meringankan hukuman,” katanya.


Katanya, tertuduh sedar hukuman bakal dihadapi apabila membuat pengakuan bersalah selepas memikirkan keselamatannya jika berada di luar terutama melihat beberapa individu hadir untuk menuntut hutang - My Metro
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top