Lebih 150 buah rumah di Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga terjejas teruk akibat dilanda banjir empat hari yang lalu. Kebanyakan mangsa banjir tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana limpahan air dari sungai berlaku terlalu pantas.
Walaupun kini air tersebut sudah pun surut tetapi kesan daripada banjir tersebut menyebabkan banyak harta benda musnah dan kediaman mereka rosak teruk.
Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Selangor dan Belia 4B Malaysia Selangor terpanggil untuk menghulurkan bantuan segera dengan menyalurkan bantuan makanan, minuman, peralatan harian serta pakaian kepada mangsa-mangsa bencana.
Rata-rata mangsa bencana amat memerlukan buantuan tersebut disebabkan bekalan air yang masih lagi terputus dan peralatan keperluan harian yang telah rosak ditenggelami air. Belia 4B Malaysia juga turut menghantar skuad sukarelawannya untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan kampung yang terlibat terutamanya di rumah-rumah yang terjejas teruk.
MBM juga akan menggerakkan pasukan sukarelawannya bagi membantu skuad sukarelawan Belia 4B Malaysia Selangor dalam usaha membantu penduduk membersihkan kediamannya.
Kenali MAJLIS BELIA MALAYSIA
Larian Keluarga Malaysia 5 Disember ini di UiTM Shah Alam, kumpul dana
bantu anak yatim
-
KUALA LUMPUR – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) meneruskan acara penganjuran
Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2026 yang akan diadakan pada 5 Disember 2026
di ...

0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....