Nuffnang

NAJIB BAKAL DISAMAN RM 55 BILLION

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) bakal menfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM55 billion. Saman ini didakwa atas tuduhan diskriminasi Kerajaan pimpinan Pengerusi BN itu terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta selama 55 tahun.



Perkara ini disahkan Pengasas Badan Bukan Kerajaan itu yang menjelaskan mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia.

 "Kami sudah minta, dan minta, dan minta perkara itu ratusan kali," kata Uthayakumar yang turut mengedarkan risalah mencari sokongan di tengah-tengah perayaan Thaipusan di Batu Caves hari ini

P.Uthayakumar dan M.Manoharan juga menjelaskan, saman tersebut bakal difailkan pada hari Khamis ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Pengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata, mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia.

Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta.

Sumber : KLPos

BB : Kita tunggu tindakan seterusnya
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top