Nuffnang

500 ACARA , 2 JUTA BELIA MERIAHKAN HARI BELIA NEGARA 2012


Pengiktirafan Untuk Belia Merentasi Sempadan Politik

 


Sebanyak 500 acara dalam 33 segmen bakal memeriahkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.



Seramai dua juta belia dijangka akan berhimpun dan melibatkan diri pelbagai aktiviti melalui segmen – segmen dan acara yang disediakan pada Himpunan Jutaan Belia-Putrajaya Mei 2012 yang bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan ini. Antaranya adalah sukan dan rekreasi, seni budaya, kemahiran dan kepimpinan, teknologi maklumat dan keusahawanan, kerohanian dan jatidiri, penerokaan bidang-bidang baharu dan banyak lagi.




Sambutan HBN 2012 merupakan karnival terbesar di peringkat Asia Tenggara dengan turut menghimpunkan penyertaan belia di peringkat antarabangsa. Korea Selatan, Jepun, Negara-Negara Komanwel dan Asia telah pun menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam pelbagai acara yang disediakan sempena HBN tahun ini.




Senarai Segmen Yang Ada di HBN 2012 :

   1.    Himpunan Jutaan Belia
   2.    Modal Insan
   3.    Pakaian Seragam
   4.    Y-Avenue
   5.    Volunteers
   6.    My Hobby
   7.    Fit And Active
   8.    Fast & Furious
   9.    Sports Industries
   10.  Pameran Kerjaya
   11.  International Youth
   12.  Karnival G2Y
   13.  Colour of Malaysian Youth
   14.  MAHA Youth
   15.  Young Entrepreneur
   16.  Education Fair
   17.  Konvoi
   18.  Gadget World
   19.  Putrajaya Uptown
   20.  Amusement and Recreation
   21.  Food Valley
   22.  Celebrity Village
   23.  Dot Invest
   24.  Senorita Square
   25.  Junior World
   26.  Candy Island
   27.  Gardening Valley
   28.  Performing Art Centre
   29.  JOM Heboh
   30.  International
   31.  Youth Tourism
   32.  Karnival Titian Cinta (Love Lane) 2012
   33.  Perkhemahan dan Jambori




Sebarang pertanyaan dan maklumat, boleh berhubung terus dengan Sekretariat HBN 2012 di talian 03-8871 3629 / 3632 / 3285 / 3707 atau faks ke 03-8888 8725.


Maklumat lanjut klik sini

BB : Memang banyak giler......pergh...layan..
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top