Nuffnang

EGO FABIO CAPELLO TERCABAR PUNCA PERLETAKAN JAWATAN



Akhirnya kita mendapat berita yang amat mengejutkan khususnya di arena bola sepak. Jika semalam pemain Piala Presiden Negeri Sembilan digantung antara 1 hingga 5 tahun kerana rasuah, hari ini kita bertambah terkejut dengan berita peletakan jawatan Fabio Capello sebagai jurulatih England.

Semuanya gara-gara egonya yang memang terkenal amat tinggi di'jatuhkan' oleh pihak FA England khususnya dalam isu pelucutan ketua pasukan daripada John Terry tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. FA England dalam tindakannya awal minggu ini telah melucutkan jawatan ketua pasukan daripada John Terry berikutan isu perkauman melibatkan pemain Chelsea itu dengan pemain QPR Anton Ferdinand yang juga adik kepada Rio Ferdinand.

Dengan peletakan jawatan Capello ini, FA England menghadapi cabaran getir dengan kejohanan Euro 2012 yang hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi. Harry Redknapp dilihat calon paling sesuai bagi menggantikan Capello namun dengan Spurs dalam prestasi merebut kejuaraan Liga pertama mereka di era moden ini, mungkin pengurusan Spurs amat sukar melepaskannya
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top