Nuffnang

GENERASI MUDA TOLAK PROVOKASI POLITIK

Dalam dunia politik ada bermacam cara dan gaya kempen dilakukan dalam usaha pihak terbabit untuk menarik minat serta sokongan khalayak terhadap pertubuhan ataupun parti yang diwakili.



Jika strateginya berjaya, maka imbuhannya ialah sokongan erat yang menjamin kertas undi akan memihak kepadanya tapi andaikata tersilap langkah risikonya lebih banyak undi yang akan hilang dan sokongan akan kian malap.

Kalau kita singkap kembali diari politik tanahair terutama sekali bermula pertengahan tahun lalu hingga sekarang, seakan kelihatan satu lakaran jelas hala tuju satu dua pihak yang berkepentingan dalam dunia politik.


Imbasan semula beberapa peristiwa berikut;-

1. Kita pernah digegarkan dengan kisah kematian seorang hamba Allah yang dicanang ke seluruh negara sebagai korban kekejaman pihak polis semasa demo Bersih 2.0, kemudiannya, hasil bedah  siasat didapati kematian arwah adalah kerana serangan penyakit jantung.

- Berdasarkan rakaman CCTV didapati arwah yang diketahui menghidap darah tinggi dan dalam usianya yang mengjangkau 50 tahun termasuk dalam kategori berisiko terkena serangan sakit jantung telah berlari masuk ke dalam bangunan berdekatan setelah melihat kedatangan FRU kemudiannya jatuh pengsan sebelum meninggal dunia di luar pintu bangunan tersebut.

2. Dalam demo jalanan yang sama juga kita dikejutkan dengan ‘kematian’ seorang lagi peserta demostrasi yang akhirnya diketahui hanyalah berlakon pengsan beberapa kali dengan niat untuk menarik perhatian khalayak ramai.

- Beberapa rakaman video amatur kemudian menunjukkan ‘kematiannya’ itu terbukti satu lakonan apabila di dapati peserta demo tersebut telah mati atau pengsan di 2 tempat berlainan dan di waktu yang berbeza.

3. Kemalangan yang menimpa Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu ketika beliau ingin menyertai demonstrasi Bersih 2.0, telah diwar-warkan sebagai kecuaian pihak polis walaupun hakikatnya selepas siasatan mendapati beliau sengaja melarikan diri dari ditahan pihak berkuasa.

- Rakaman CCTV pula menunjukkan motosikal yang dinaikinya membuat pusingan U ketika cuba melarikan diri dari pihak polis sebelum terbabas kemudian melanggar pembahagi jalan.

4. Dalam demostrasi yang sama juga kita dipertontonkan dengan adegan Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya yang kononnya telah dengan sengaja ‘ditembak dari jarak dekat’ menggunakan gas pemedih mata oleh FRU. ‘Akibat tembakan’ tersebut seluruh negara digemparkan dengan khabar angin bahawa saudara Anwar Ibrahim telah nazak dek kerana ‘kekejaman’ pihak polis dan FRU.

Baca seterusnya di Suara Generasi Baru
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top