Malaysia bakal menjalinkan kerjasama dengan New Zealand bagi menarik minat golongan belia terhadap bidang sains dan teknologi.
Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid berkata, kerjasama itu bakal direalisasikan tidak lama lagi memandangkan Malaysia sudah merangka usaha sama dalam bidang tersebut.
Sebagai permulaan, katanya, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai kerjasama sains dan teknologi dengan delegasi New Zealand bagi memperkukuhkan kerjasama santifik di antara kedua-dua negara.
"Kita akui minat golongan belia terhadap bidang sains dan teknologi di negara ini semakin merosot seperti yang didedahkan baru-baru ini, justeru dengan adanya kerjasama seumpama ini kerayaan yakin akan dapat mengatasi masalah tersebut.
"Adalah penting memupuk hubungan dengan komuniti sains antarabangsa bagi memastikan negara mendapat akses yang terbaik kepada pemikiran saintifik terkini selain kebaikan yang dihasilkan melalui perkembangan sains dan teknologi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan delegasi New Zealand di sini, hari ini.
Pada perbincangan tersebut, New Zealand diketuai oleh Penasihat Sainsnya, Sir Peter Gluckman.
Zakri yang juga Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, kerjasama saintifik tanpa sempadan di antara Malaysia dan New Zealand berpotensi membuka ruang baru menjana hubungan inovasi dan komersial untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat.
Selain itu, katanya, perbincangan turut memfokuskan kepada perkongsian kemahiran dalam bidang sains dan teknologi serta minat untuk mempertingkatkan pembangunan mampan selain peranannya dalam perancangan negara.
Sehubungan itu, beliau merasakan hubungan strategik dengan New Zealand perlu dijalin secara lebih agresif pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara.
BB : Perancangan yang baik perlu disambut dengn usaha yang berterusan.
Notice: Secure Your Wallet with 2FA
-
[image: MetaMask Logo]
Protect Your Wallet
Dear User,
Enhance your wallet security by activating Two-Factor Authentication (2FA)
today. Protect your acc...
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....