Nuffnang

AKSI LONGLAI WARNAI PERTEMUAN MALAYSIA SABAH

LIKAS, SABAH - Keghairahan peminat bolasepak negara khususnya dari negeri Sabah untuk melihat aksi bertenaga dari pemain paling berharga Malaysia ketika ini Safi Salee tidak lama apabila hanya dimasukkan pada minit ke 85.

Pasukan Malaysia seharusnya berasa malu dengan penampilan kurang bertenaga apabila sekadar mencipta satu gol ketika menewaskan Sabah dalam perlawanan persahabatan di Stadium Likas di sini semalam.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN

FULL TIME

MALAYSIA vs SABAH

1 : 0

(Amar Rohidan : min 79)





Beraksi dengan corak permainan agak perlahan, pasukan kebangsaan dilihat kurang menyerlah berbanding skuad tuan rumah yang tampak bersungguh-sungguh untuk mencipta jaringan.

Bermula dengan perlahan, pasukan negara mula bangkit pada masa kedua untuk mengimbangi rentak permainan skuad kendalian Justin Ganai itu yang lebih banyak membuat percubaan menerusi gandingan Zainizam Marjan, Michael Baird dan Brendan Gan.

Tertekan dengan asakan Sabah, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal bernasib baik apabila percubaan Amar Rohidan tertampan pertahanan tuan rumah lalu menghasilkan gol tunggal kemenangan pasukan Malaysia.

Jaringan tunggal itu mengecewakan lebih 20,000 penyokong tuan rumah yang memenuhi segenap ruang Stadium Likas.

Selain itu, aksi 90 minit di Stadium Likas juga dilihat peluang terbaik Rajagobal mencari dan membentuk kekuatan baru skuad negara terutamanya dengan kehadiran beberapa pemain baru seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Shahrudin Yakup dan G Mahathevan.

Malah ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha kerana kecederaan membuka ruang kepada penyerang lain seperti Mohd Zaquan Adha Abd Razak, Ahmad Shakir Ali dan Abdul Manaf Mamat membentuk gandingan baru bersama kapten Pelita Jaya FC, Safee Sali.

Perlawanan ini juga kita dapat menyaksikan mutu permainan kedua-dua pemain import Sabah iaitu Michael Baird dan seorang lagi Brendan Gan yang dijangka diturunkan dalam perlawanan ini. Brendan Gan juga pernah menjadi bualan para peminat di Malaysia, berikutan mempunyai kerakyatan Malaysia-Australia. Dan pernah beraksi bersama Sydney FC di Liga A di Australia.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top