DEWASA ini, masalah sosial berkaitan gejala rempit bukan isu baru. Kerajaan mengambil pelbagai langkah membanteras gejala yang semakin parah ini.
Justeru, sebagai medium perantaraan, pengarah prolifik, Ahmad Idham mengangkat isu mat rempit ke kaca televisyen dan berharap dramanya itu akan menjadi wadah yang berguna.
Malah, Idham juga tidak keberatan mengambil golongan terlibat dengan rempit berlakon dalam filem dan drama membabitkan aksi, dengan harapan dapat membantu memberi peluang bekerja selain membersihkan mereka daripada gejala lumba haram.
“Saya bukan sengaja mengetengahkan isu rempit sahaja. Saya anggap ia tanggung jawab sosial. Saya mengambil golongan rempit ini berlakon bagi menunjukkan skil mereka sejak menghasilkan filem Remp-It lagi.
“Selain itu, saya dapat mendalami jiwa ‘geng rempit’ ini dan mengupas kisah mereka dalam karya. Saya ingin membawa penonton dan masyarakat untuk mendekati dunia mereka.
“Dalam masa sama, menjadikan setiap sudut negatif yang digambarkan golongan mat rempit sebagai teladan dalam hidup terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan remaja,” katanya yang ditemui pada pelancaran drama, Apa Celop, di One Utama, baru-baru ini.
Bukan sekuel Hantu Bonceng
Biarpun ada beberapa pihak mempersoalkan ketiadaan Zizan yang sememangnya sinonim dengannya, Idham menjelaskan, Ape Celop bukan kesinambungan daripada filem Hantu Bonceng.
“Apa Celop adalah karya tidak kena mengena dengan Hantu Bonceng. Malah, hubungan saya dengan Zizan tidak ada masalah,” katanya.
Drama terbitan Excellent Pictures, drama bersiri 13 episod itu adalah cetusan idea Idham yang bertindak sebagai pengarahnya manakala skrip ditulis oleh Meor Shariman.
Ia memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di kota Kuala Lumpur.
Padat dengan aksi yang memukau mata, Apa Celop turut menyelitkan elemen komedi dan kisah cinta yang romantis.
“Ramai menganggap Apa Celop adalah drama diadaptasi daripada Hantu Bonceng, tetapi sebenarnya tidak,” jelasnya.
Ape Celop mengisahkan Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella).
Aman berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang raja rempit yang juga ketua samseng di mana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang.
Bagi menyelamatkan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan itu. Kemenangan Aman mencalarkan maruah Mako yang tidak pernah kalah.
Saksikan Apa Celop, di slot Aksi, setiap Isnin mulai 20 Februari lalu, jam 9 malam di TV3.
Sumber : Perak Today
Notice: Secure Your Wallet with 2FA
-
[image: MetaMask Logo]
Protect Your Wallet
Dear User,
Enhance your wallet security by activating Two-Factor Authentication (2FA)
today. Protect your acc...
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....