Nuffnang

KBS TEPAT DALAM DEKATI ORANG MUDA



ANTARA usaha untuk memberi kesedaran kepada golongan muda Melayu dan Bumiputera yang telah layak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi adalah menerusi pendekatan politainment. Istilah dinyatakan oleh pensyarah Psikologi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Dr Mohamad Yaacob ini merujuk kepada penggabungan perkataan politik dan entertainment (hiburan).




Katanya, pendekatan lebih santai, seronok dan menghiburkan perlu diguna pakai dan tidak seharusnya dipandang sepi. Politainment katanya, adalah mekanisme yang diguna pakai di negara lain seperti Indonesia dan Amerika Syarikat dalam memastikan pendedahan mengenai pilihan raya di negara mereka dapat disampaikan dengan jelas dan diterima rakyat. Ini kerana katanya, unsur hiburan adalah antara cara penyampaian berkesan dan antara medium pendekatan cepat diterima. Ternyata, di Amerika dan Indonesia, cara ini membuahkan hasil positif dan mengapa ia tidak dipraktikkan di Malaysia. Beliau berkata, politainment boleh dipraktikkan menerusi drama di televisyen.



Selain itu, dalam persembahan sketsa menerusi rancangan realiti juga boleh diselitkan segmen berkaitan kepentingan pergi mengundi dan ini tidak terkecuali rancangan kanak-kanak. Usaha konsisten ini dapat memastikan penghantaran mesej betapa pentingnya setiap warganegara mendaftar undi dapat dikekalkan. “Tidak dinafikan, cara politainment ini walaupun ada yang telah dilaksanakan namun masih berada pada tahap kejayaan kecil. Jika ia dipraktikkan oleh semua pihak yang terlibat tidak mustahil perubahan lebih positif mampu dicapai,” katanya. Mohamad berkata, jika menggunakan cara pendekatan yang sama dan tidak kreatif, peratus kesedaran yang cuba diwujudkan mungkin tidak seperti yang diharapkan.





“Perlu diketahui, sebilangan besar orang muda tidak minat bercakap hal politik. Dalam usaha mendekati mereka, hal politik perlu dikecualikan menjadi topik asas komunikasi, sebaliknya (berilah peluang) mengikut topik apa yang mereka minati ataupun sediakan program yang dekat dengan kehendak mereka selagi mana logik dilaksanakan,” katanya. Sebagai contoh, beliau berkata, pembukaan kaunter mendaftar pemilih boleh dilakukan di lokasi tumpuan orang muda ataupun wujudkan program diminati golongan ini seperti pertandingan futsal dan konsert nyanyian yang menampilkan selebriti sebagai ikon dalam usaha untuk menarik minat mereka melaksanakan tanggungjawab.





“Pendekatan ini dikategorikan sebagai ganjaran dalam bentuk kepuasan. Mereka mendaftar sebagai pemilih dan dalam masa sama mereka seronok dan terhibur dengan program-program yang diadakan,” katanya.Mohamad berpendapat, setiap parti politik seharusnya mampu melahirkan ikon yang boleh diikuti dan diminati oleh orang muda.“Apabila ada ikon yang diminati dalam sesuatu parti, secara tidak langsung menimbulkan keinginan untuk mendaftar undi kerana mahukan ikon atau parti yang disertai ikon mereka menang pada pilihan raya,” katanya sambil mengulangi kenyataan bahawa mengundi adalah kerja berkaitan dengan politik.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top