Nuffnang

KJ, GAN PING SIEW, SAIFUDDIN DAN P. KAMALANATHAN BERENTAP

KUALA LUMPUR: Seramai empat Yang Berhormat (YB) beraksi lincah berentap bersama belia di Pertandingan Bola Keranjang secara 3 on 3 iaitu YBsCanJump di Berjaya Times Square pada 19 November 2011 yang lalu.

Mereka adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu, Ahli Parlimen Temerloh, Dato’ Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.
 
Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu, aktiviti sukan merupakan medium terbaik dalam menyatupadukan rakyat dan membuktikan sukan bola keranjang adalah milik semua, bukannya milik kaum tertentu sahaja.
 
Tambah beliau lagi, idea penganjuran pertandingan tersebut timbul di Twitter dan mendapat maklumbalas daripada Dato’ Saifuddin dan Khairy Jamaluddin yang berminat untuk menyertai begitu juga dengan P. Kalamanathan.
 
Pertandingan yang berlangsung selama sehari itu menarik hampir 32 pasukan di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang terdiri daripada golongan belia untuk menyertai bagi merebut trofi kemenangan.
 
Penganjuran pertandingan tersebut diadakan bagi membuktikan kesungguhan kerajaan amnya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khususnya dalam membudayakan sukan dalam kehidupan seharian tanpa mengira umur, kaum mahupun agama.
 
P. Kalamanathan berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan bagi sukan-sukan lain dan melibatkan lebih ramai YB akan turut serta dan pada masa yang sama meluangkan masa bersama belia melalui aktiviti yang menyihatkan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top