Nuffnang

TINDAKAN AIM MEMALUKAN YUNA DAN ANUAR ZAIN

 

KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.
Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.

------------------------------------------------------

Manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Persoalannya, bagaimana Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) boleh melakukan kesilapan sebegini? Bukan niat penulis untuk menghentam RIM, tetapi kalau anugerah yang berprestij seperti ini pun boleh diambil mudah, bayangkan kerja-kerja dan tugas yang dilakukan oleh RIM dalam mengangkat industri muzik negara? Mujurlah Yuna seorang yang baik hati dan amat profesional. Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku di Hollywood. Pasti tindakan tegas seperti saman malu akan diambil oleh penyanyi ke atas penganjur.

Kepada RIM, tepuk dada tanya selera.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top