Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu adalah "dipulangkan" selepas "beberapa hari" kepada syarikat yang memilikinya.
Persoalan timbul sama ada nama Rosmah telah digunakan tanpa pengetahuan beliau oleh unsur-unsur jenayah sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka yang menyalahi undang-undang.
Dalam kolum pada 4 Ogos, Kompas menyifatkan hubungan Rosmah dengan bakal besannya, Maira Nazarbayev sebagai rapat walaupun ia tiada bukti untuk menyokong tuntutan itu dan menambah, "Maira Nazarbayev, yang hidup dengan gaya hidup seperti Imelda Marcos, kononnya mempunyai kaitan kepada mafia Rusia. Maira adalah bekas isteri kepada abang Presiden Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev Bolat Nazarbayev. Nooryana Najwa, anak perempuan Rosmah dan Najib,yang berusia 22 tahun baru-baru ini telah ditunangkan dengan anak lelaki, Maira, Daniyar, yang adalah kekasihnya di kolej.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....