Nuffnang

Suara Generasi Baru : Muhyidin VS Mat Sabu

Debat TPM: Mat Sabu Komunis Fikir Dia Besar Mana?
Badan Mat Sabu memang gemuk, terima kasih dengan mulut longkangnya yang menyumbang kepada kegemukkan itu.  Tapi bukan saiz badan Mat Sabu yang nak penulis coretkan hari ini sebaliknya bila melihat di TV sebentar tadi keinginan Mat Sabu untuk berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkenaan isu komunis.

Dengan manusia paling haprak dalam UMNO (KJ) pun Mat Sabu tak cukup besar telur untuk debat, lagi mau debat dengan TPM. Mat Sabu toksah fikir dia Timbalan Presiden PAS maka dia sudah layak untuk berdebat dengan TPM.  Dia nak duduk sama tinggi dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR pun tak boleh, lagi mau besar gebang debat dengan TPM pulak ya.Baik dari sudut mana sekalipun, PAS tidak setanding dengan komponen lain dalam Pakatan, apatah lagi dengan UMNO.  Baik dari segi jumlah kerusi parlimen dan DUN mahupun negeri yang diperintah, PAS adalah dikedudukkan paling kodi.  Negeri yang diperintah pun masuk kategori miskin, papa kedana dan sering dilaknat tuhan dengan bala bencana yang pelbagai.

Dari segi kelayakan pun begitu jugak.  Mat Sabu asalnya adalah pelajar ITM yang tecicir kerana sibuk berdemonstrasi daripada menghabiskan pengajian sedangkan TPM lulusan Universiti Malaya dan sudah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sejak berusia 29 tahun.

Dengan sedemikian keadaannya, bagaimana Mat Sabu rasa dia layak untuk berdebat dengan TPM pun penulis langsung tak dapat memahamkannya. Molek rasanya kalau Mat Sabu berdebat dengan pakar sejarah, seperti mana saranan TPM.  Berdebat dulu dari segi faktanya sebelum berdebat dengan TPM dari segi politiknya.  Ini bukan isu politik pun tapi isu sejarah.  Apa pun yang keluar dari mulut Mat Sabu adalah berdasarkan pertimbangan politik bukan pertimbangan fakta.

Negara ini akan jadi bahan ketawa orang kalau sejarahnya berubah ikut parti mana memerintah.  Dimana-mana dalam dunia pun tidak pernah berlaku yang sedemikian dan Mat Sabu sedang merintis jalan untuk menjadikan negara ini sebagai bahan lawak antarabangsa.  Oleh itu janganlah dipilih pakat-pakat ini memerintah negara.

Di zaman moden ini, komunis pun sudah langsung tidak seperti komunis dizaman yang menjadi sanjungan Mat Sabu dan kenapa Mat Sabu mahu melawan arus dengan menghidupkan semula fahaman komunis adalah satu tanda soal yang besar kepada kita semua.

Apa pun bila mana kita berharap kebodohan itu berhenti setakat mana dibuktikan bersalah, kenapa Mat Sabu mahu memanjangkan isu ini melalui ajakan debat dengan TPM pula?  Tidak cukupkah dengan beratus laporan polis yang dibuat ke atasnya dan insiden dihalau dari bertemu dengan keluarga salah seorang yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepung?

Dipetik daripada suaragenerasibaru.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top