Penyerang Everton, Tim Cahill akan terlepas perlawanan akan datang di Australia menentang Malaysia dan Oman. Cahill mengalami kecederaan dalam kekalahan EPL Everton kepada Manchester City sembilan hari lalu selepas bertempur dengan Vincent Kompany. Walau bagaimanapun, dia dijangka bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Canberra pada hari Jumaat dan perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Oman pada 11 Oktober selepas bermain untuk kelabnya dalam kekalahan Sabtu lalu 2-0 kepada Liverpool. Tetapi ketua perubatan Everton, Danny Donachie tidak yakin pemain tengah tersebut bersedia untuk bermain bagi Socceroos di peringkat ini disebabkan pemulihan berterusan. "Tim bermain dalam kesakitan pada hari Sabtu menentang Liverpool tetapi imbasan menunjukkan bahawa langkah terbaik sekarang ialah rehat dan pemulihan," Donachie memberitahu laman web rasmi Everton. "Tim kecewa tetapi ia adalah satu keputusan yang jelas dan mudah kerana dia tidak akan cukup cergas untuk bermain dalam permainan di Australia." Sementara itu, penjaga gol Fulham Mark Schwarzer juga telah dikeluarkan dari skuad kerana masalah belakang semasa kemenangan hujung minggu ke atas QPR.
Dipetik dan diterjemah daripada Goal.com
Notice: Secure Your Wallet with 2FA
-
[image: MetaMask Logo]
Protect Your Wallet
Dear User,
Enhance your wallet security by activating Two-Factor Authentication (2FA)
today. Protect your acc...
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....