Nuffnang

DEMONTRASI DAN REFORMASI : Rakyat Jelik Dengan Penipuan Berterusan!!!


Taktik demonstrasi jalanan yang menjadi modal Pakatan Harapan diketuai DAP bagai sudah tidak boleh dipakai lagi apabila ramai sudah mengeluh bosan dipergunakan untuk kepentingan politik.

Malah, dalam laman Facebook milik Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sendiri telah dihujani dengan ulasan-ulasan pelbagai individu yang kecewa apabila diminta berdemonstrasi membantah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pekarangan bangunan Parlimen esok.

Ramai yang pernah terlibat dalam gerakan Reformasi tahun 1998 bagi menggulingkan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu berasa bingung apabila kali ini diminta bersama Pakatan Harapan untuk mengangkat kembali individu paling dibenci mereka sebagai Perdana Menteri.

"Penipuan terbesar ialah reformasi dengan mengajak rakyat berdemonstrasi turun ke jalan raya untuk menjatuhkan Dr. Mahathir namun itu semua hanyalah luka kecil. Cukup-cukuplah sudah kami ditipu, tolak Pakatan Harapan," ujar seorang pengguna Facebook, Mohd. Arif Afandi.

Seorang lagi pengguna Facebook, Md. Zaini pula menulis, "Aku turun sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim kena pecat sampai Bersih sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi kini aku sedar semua ni tipu, kotor, khianat hendak kuasa semata-mata," katanya.

Selain itu, ramai juga yang mempersoalkan tindakan bantahan terhadap SPR yang bagai tidak berkesudahan sedangkan ramai pemimpin-pemimpin pakatan itu yang memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pelbagai pilihan raya umum yang lalu.

"Dia ingat kerja SPR ni asyik nak menipu ke? Kalau tak bagaimana depa pun boleh dapat kerusi. Dahulu bukan main reformasi menentang Tun Dr. Mahathir, sekarang sokong suruh jadi bakal Perdana Menteri pula. Inikah yang kita hendak undi dan percaya?" tulis seorang pengguna Facebook bernama Putera Satria. - UTUSAN ONLINE
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top