Nuffnang

DATA PERIBADI : Facebook Dikecam, Mohon Maaf!!


Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg memohon maaf kepada warga Britain berhubung isu berkaitan pecah amanah dengan membeli satu muka surat penuh iklan dalam surat khabar British susulan manipulasi data dilakukan firma perundingan Cambridge Analytica membabitkan 50 juta penggunanya.

"Kami memiliki tanggungjawab untuk melindungi maklumat. Sekiranya tidak, kita tidak layak akan nya," kata iklan itu yang dimeterai pengasas Facebook Zuckerberg.

Rangkaian media sosial terbesar dunia itu berhadapan pemantauan kerajaan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Ini susulan dakwaan bahawa firma perunding Cambridge Analytica yang berpangkalan di England mengakses maklumat pengguna Facebook secara tidak betul untuk membangunkan profil ke atas pengundi AS yang kemudiannya digunakan untuk membantu Donald Trump dipilih menjadi presiden pada 2016.


Teks memohon maaf berwarna hitam itu dicetak pada latar belakang putih dengan hanya memaparkan logo Facebook dengan kecil kelihatan pada penerbitan mingguan di Britain termasuk The Observer, satu daripada surat khabar melaporkan isu itu yang menjurus kepada kejatuhan merudum harga saham Facebook.

Bagaimanapun, undian ramai yang diterbitkan di AS dan Jerman menunjukkan bahawa majoriti orang awam sudah hilang kepercayaan terhadap Facebook berhubung perlindungan maklumat peribadi, sungguhpun syarikat itu membelanjakan berjuta ringgit membeli iklan di surat khabar British untuk memohon maaf.

Kurang separuh rakyat AS percaya Facebook akan patuh undang-undang peribadi AS, demikian menurut undian dijalankan Reuters/Ipsos. - Reuters
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top