Nuffnang

BUKANLAH RAHSIA : Mahathir, Chong Eu Ditolak Kit Siang!!


Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, pernah menolak Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tun Dr Lim Chong Eu semata-mata bagi mendapatkan sokongan pengundi Cina di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986.

Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata Kit Siang mula datang ke Pulau Pinang pada kempen politik 'Tanjung 1' bertujuan menumbangkan mendiang Chong Eu yang ketika itu menjadi Ketua Menteri.

Katanya, Kit Siang ketika berkempen secara terbuka menghasut pengundi menolak Dr Mahathir dan Chong Eu sehingga meyebabkan perpecahan dalam masyarakat Cina di Pulau Pinang ketika itu.

"Kit Siang gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 1986, namun pada 1990 beliau melancarkan pula 'Tanjung 2' dan mendakwa Chong Eu yang ketika itu berusia 71 tahun sudah tua dan tidak lagi layak menjadi Ketua Menteri.

"Tetapi kini, Kit Siang yang berusia 77 tahun menyokong pula Dr Mahathir yang berusia 92 tahun menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan 50 Tahun GERAKAN, di sini, malam ini.

Tsu Koon berkata, selama hampir 40 tahun memerintah Pulau Pinang, tidak pernah Ketua Menteri atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu didakwa akibat rasuah atau salah guna kuasa.

"Tetapi sejak 10 tahun kebelakangan ini, sudah pelbagai cerita timbul sehingga ada Ketua Menteri dan ADUN yang didakwa di mahkamah.

"Ini berbeza dengan pentadbiran kita dahulu yang sehingga kini mengutamakan rakyat dan sentiasa bekerja demi kesejahteraan dan masa hadapan Pulau Pinang," katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top