Nuffnang

BAGGAGE POLITIC : Giliran PAS Hentam Mahathir!!!


'Baggage' atau 'masalah' politik Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi perdana menteri dahulu merupakan faktor utama beliau tidak layak untuk memegang semula jawatan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata sebahagian besar masalah dalam pentadbiran negara ketika ini diwarisi daripada pentadbiran terdahulu terutama di bawah pemerintahan Dr Mahathir.

"Isu yang besar bagi kita pembangkang adalah 'baggage' politik Dr Mahathir selama beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Sebahagian besar masalah-masalah itu diwarisi kepimpinan UMNO selepas Dr Mahathir bersara.

"Jadi 'baggage' politik inilah merupakan faktor utama Dr Mahathir tidak layak untuk menjadi perdana menteri (sekali lagi)," kata Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan ketika ditemui pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Beliau mengulas langkah Pakatan Harapan yang mempertahankan tindakan mereka mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri pada usia 93 tahun.

Mohd Amar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pentadbirannya pula terpaksa memikul kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap individu mempunyai 'waktu kemuncak' masing-masing dan perlu berhenti apabila telah tiba waktunya.

"Orang main bola pun sampai umur 36 tahun sahaja, sebab dia memerlukan stamina yang kuat (untuk beraksi). Walaupun orang itu bijaksana tapi bila dah sampai peringkat umur tertentu, (prestasi) dia mula menurun).

"(Prestasi Dr Mahathir) mula menurun bila dia pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai timbalan perdana menteri) dan ia merupakan satu petanda bahawa dia sudah mula melakukan kesilapan demi kesilapan," katanya.

Share this article

1 Komen:

  1. nak minta penjelasan sesiapa kat luar sana, banyakkah lagi isu yang disembunyikan berkaitan kegagalan/kepincangan semasa Tun Dr. Mahathir memegang jawatan sebagai Perdama Menteri Malaysia sejak 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. harap sangat sesiapa yang ada menyimpan maklumat yang berkaitan untuk didedahkan kepada umum sebab kalau kita bertanya dan sekiranya ada orang yang menyebut (bahasa lainnya "mengungkit" ) pasti Tun Dr Mahathir akan menjawab " saya tak ingat " takpe lah kita "hormat" kelemahan Tun Dr Mahathir tu, jadi kalau sesiapa ada bahan-bahan samada dalam bentuk bahan terbitan/penulisan boleh kongsikan bersama untuk pengetahuan umum. Mungkin sedikit sebanyak membolehkan Tun Dr Mahathir untuk "membela diri" mahu pun sebaliknya

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top