Nuffnang

VIDEO : Remaja Mengaku Anak Kim Jong-nam Tular Di Media Sosial #United4Malaysia #Negaraku


Video seorang lelaki yang mendakwa dirinya anak kepada mangsa kes bunuh, Kim Jong-nam mulai tersebar.

Dimuatnaik menerusi YouTube pada Selasa menggunakan tajuk KHS Video menggunakan nama Cheollima Civil Defence, kumpulan itu mendakwa menawarkan perlindungan kepada rakyat Korea Utara.
Walaupun video itu baru sahaja dimuatnaik, ia dipercayai telah dirakam lebih awal.


Berdurasi 40 saat, lelaki berkenaan yang mendakwa dirinya adalah Kim Han-sol berkata, bapanya telah dibunuh beberapa hari lalu dan dia kini bersama ibu dan adik perempuannya.

Lelaki berkenaan juga menunjukkan pasportnya bagi mengesahkan identitinya sebagai Han-sol.

“Kami harap keadaan semakin baik nanti,” katanya sebelum mengakhiri video itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan meneliti video itu.

“Tentu sekali kami akan meneliti video itu, setakat ini tidak dapat disahkan sama ada ia sememangnya dia (Han-sol),” katanya.

Ditanya mengenai proses untuk mendapatkan sampel DNA daripada ahli keluarga Jong-nam untuk mengenal pasti mayatnya, Khalid berkata, Bukit Aman mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkannya.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh menjelaskan lebih lanjut kerana ia boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan yang disiarkan laman web Cheollima Civil Defense, kumpulan itu memaklumkan pihaknya bertindak untuk melindungi ahli keluarga Jong-nam.

“Ketiga-tiga ahli keluarganya telah dipindahkan ke lokasi yang selamat,” menurut kenyataan itu.

Kumpulan itu mendakwa pihaknya telah menerima permintaan untuk mendapatkan perlindungan dan pemindahan beberapa kali sebelum ini.

“Kami tidak akan dedahkan situasi terkini keluarga Kim Jong-nam.

“Kenyataan ini adalah yang pertama dan terakhir berhubung perkara ini dan dimana lokasi mereka tidak akan dimaklumkan,” katanya.

Kumpulan itu juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa negara yang dikatakan telah menyediakan perlindungan kepada keluarga itu.

“Kami ini mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Belanda, China dan Amerika Syarikat dan sebuah negara yang tidak dapat didedahkan kerana membantu keluarga ini,” katanya.-MS.


Malaysia tightens border security control to stop North Koreans leaving after Msians kept "hostage" by Pyongyang. http://bit.ly/2na9TLl 
BREAKING: Group called "Cheollima Civil Defense" claims they're protecting 's family. Sent me this video allegedly of Kim Han Sol pic.twitter.com/px7OHteuWx


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top