Nuffnang

#United4Malaysia : Dua Rakyat Malaysia Akan Dibawa Keluar Oleh PBB #Negaraku


Satu perkembangan yang positif. Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan membantu melicinkan proses membawa keluar 2 petugas rakyat Malaysia di Korea Utara.

Sumber PBB memberitahu pihaknya di New York menghubungi kedua-dua wanita rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 30-an itu sebaik sahaja notis sekatan keluar oleh Pyongyang dilaporkan media antarabangsa.

“Kedua-dua mereka berada dalam keadaan selamat. Mereka bukan staf atau pegawai Kedutaan Malaysia.

“Mereka adalah staf kami (PBB) yang dihantar ke Korea Utara untuk menjalani kursus berkaitan Program Makanan Sedunia (WFP),” katanya.

Beliau berkata PBB akan menghantar wakil bagi melicinkan proses membawa keluar kedua-dua wanita tersebut dalam masa terdekat.

Dua wanita itu adalah antara 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara pada ketika ini selain 3 kakitangan kedutaan dan 6 anggota keluarga kakitangan kedutaan.

Media rasmi Korea Utara, KCNA semalam melaporkan tindakan Pyongyang menghalang semua rakyat Malaysia dari meninggalkan Korea Utara selagi pembunuhan Kim Jong Nam di Kuala Lumpur tidak diselesaikan dengan baik.

Harapan kita bukan sekadar untuk mereka berdua tetapi kesemua rakyat Malaysia yang berada di sana. Bersama-samalah kita berdoa keselamatan mereka dan segala proses membawa mereka keluar berjalan lancar. #Negaraku #United4Malaysia
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top