Nuffnang

FAKTA VS AUTA : Apa Akan Jadi Jika Korea Utara Serang Malaysia?


Ada yang cakap jika Korea Utara serang Malaysia, China akan backup Korea Utara. Ini kerana China adalah satu-satunya kawan Korea Utara. China juga pembekal senjata yang terbesar kepada Korea Utara.

Perkara ini benar, tapi kita perlu lihat juga apa risiko jika China nak masuk campur.
Malaysia adalah talian hayat ekonomi China. Jika perang berlaku, Selat Melaka akan DITUTUP LALUANNYA. Semua kapal dagang termasuk dari US, Jepun, Eropah, India, dan lain-lain akan terjejas. China sendiri perlukan lorong laut di Selat Melaka.

Menyerang Malaysia juga bermakna akan sebabkan China terputus bekalan 1.5 juta tan minyak sawit dari Malaysia untuk mereka masak dan goreng sarang burung layang-layang kegemaran mereka.

Jika Korea Utara sengaja nak kucar-kacirkan ekonomi dunia, ini bermakna mereka ingin mulakan Perang Dunia Ke-3.

Ya kita sebuah negara kecil yang lemah, tetapi Malaysia berdiri di atas tulang belakang kepada laluan perdagangan di dunia.

Belum kira lagi dengan KOMANWEL, Malaysia juga dilindungi ZOPFAN (Zon Of Peace Freedom & Berkecuali). Perjanjian ini untuk menjaga Asia Tenggara agar bebas daripada sebarang kawalan kuasa besar.

Malaysia tak perlu untuk memulakan perang. Jika China ingin bersekongkol dengan Korea Utara, seluruh dunia akan menghentikan perdagangan dengan China dan dah tentu naga akan kelaparan.

Lagi satu, US ada base tentera mereka di Singapura. Sementara Malaysia secara literal adalah pembekal produk-produk segar dan juga membekal sumber air bersih utama kepada pulau tersebut.

Berapa lama manusia boleh hidup tanpa air?

So, sebelum askar-asakar mereka mati kehausan, US akan ambil tindakan kepada sesiapa yang serang sumber air. Kita akan dapat Armada Perang Penuh percuma siap dengan Aircraft Carrier.

Bila US dicabar Korea Utara, korang ingat Jepun dengan Korea Selatan nak duduk diam saja? Semalam US dah hantar anti-Missile launcher ke Korea Selatan ekoran Korea Utara lancarkan 4 missile balistik mereka ke arah Jepun kelmarin dulu.

Ada beratus-ratus lagi hubungan tersembunyi yang Malaysia ada dengan dunia. Unik bukan?

Aku percaya, Najib Razak sangat arif dengan apa yang di ajar Sun Tzu sejak dia jadi Menteri Pertahanan lagi. Memenangi perang tanpa berperang. Sebenarnya Malaysia dah menang. Kita tak perlu apa-apa kuasa veto di PBB apabila kita sudah mempunyai bola di tangan kita.

Kita juga dilindungi dengan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence Arrangements -FPDA-) antara United Kingdom, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura dimana kelima-lima negara akan saling membantu jika ada serangan luar terhadap Semenanjung Malaysia atau Singapura.

FPDA dilakukan kerana jaminan pertahanan Britain ke atas Semenanjung Malaysia dan Singapura ekoran keputusan Britain pada tahun 1967 untuk menarik tenteranya dari timur Suez.

Kesimpulannya, jika Korea Utara nak juga menyerang Malaysia, mereka perlu berperang dengan 10 sehingga 15 buah negara.

I don't think North Korea is that stupid to risk their existence on (SUMBER)


Share this article

2 Komen:

  1. Korea utara takkan berani serang malaysia atau mana2 negara. Mereka hanya berani tunjuk senjatan dan ketenteraan hanya untuk dilihat menggerunkan. Tapi mereka takkan berani untuk menyerang.
    Sebab mereka tahu banyak negara kuat akan serang mereka dan mereka tau mereka takkan menang.
    Pemimpin korea utara pun tahu kalau mereka berperang legasi kepimpinannya akan lenyap seperti hitler suatu masa dulu.
    Tapi aku yakin tentera malaysia ada kekuatan tersendiri. Bagi aku malaysia tak perlu tunjuk2 kekuatan tentera sebab bila suka tunjuk2 maka musuh senang cari kelemahan.

    BalasPadam
  2. Masukkan ulasan anda...betul,saya setuju fakta ini..sangat baik

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top