Nuffnang

JAMBATAN RUNTUH : Kereta Dihanyut Air, 853 Terkandas!!!


Sebuah jambatan sepanjang 12.2 meter yang merupakan laluan utama penduduk perkampungan Orang Asli di Pos Terisu, di Cameron Highlands runtuh awal hari ini menyebabkan 853 penduduk terkandas.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Zainalabidin Othman berkata jambatan yang terletak di Batu 49, Kuala Terla itu runtuh akibat rempuhan air sungai yang naik mendadak berikutan hujan lebat antara 2 hingga 3 pagi.

“Dipercayai lokasi jambatan yang runtuh itu tempat di mana laluan arus dua anak sungai iaitu Sungai Tringkap dan Sungai Kuala Terla bertembung masuk ke sungai utama iaitu Sungai Ulu Telom.

“Penduduk sekitar bergotong-royong dengan menggunakan besi untuk dijadikan laluan sementara bagi kegunaan motosikal. Sehingga kini tiada pihak yang berkaitan tampil untuk membantu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata tiga kereta dan tiga motosikal mengalami kerosakan dihanyutkan air sungai akibat hujan lebat di Jalan Kolam Air, Brinchang, Cameron Highlands.

“Dalam kejadian antara 2.30 pagi hingga 3 pagi itu, semua kenderaan dibawa arus sungai tetapi dapat diselamatkan kerana tersangkut pada bahagian rumah mangsa.

“Keadaan ini berlaku kerana rumah mangsa berhampiran dengan anak sungai dan mangsa juga membuat laporan polis,” katanya.

Zainalabidin berkata pihaknya percaya punca kedua-dua kejadian disebabkan sungai yang tidak boleh menampung limpahan air akibat hujan lebat.

Katanya, terdapat beberapa kejadian lain turut berlaku di sekitar Brinchang, Tanah Rata dan Kampung Raja antaranya kejadian kereta pelancong dihempap pokok serta kejadian rumah dimasuki air.

Polis akan melakukan pemantauan lanjut dari semasa ke semasa berhubung kejadian ini, katanya.

— BERNAMA
Share this article

7 Komen:

  1. Mereka yg terlibat tersiri drp keluarga orang asli..jadi tak ada kepentingan pada BN dan boleh diabaikan. Sekarang yg lebih penting dan perlu diberi keutamaan adalah prk sg besar dan k kangsar demi kuasa untuk memenuhi tembolok penyangak bugis.

    BalasPadam
  2. Kurang ajar...cakap tu jgn sedap mulut...tanah runtuh bila hujan lebat bukan salah Bn tapi tokey tokey cina yang menggondolkan tanah sesuka hati...

    BalasPadam
  3. Tokey cina yg sukung barisann kot.

    BalasPadam
  4. Hai....tokey cina kan sokng Dap dan Pkr....mata tu mana.bute...

    BalasPadam
  5. Memang bukan salah BN tapi apa tindakan kerajaan sehingga penduduk terpaksa bergotong royong buat laluan sementara. Ada wakil rakyat pergi jengok hulur bantuan? Kalau benda tu jadi kat kawasan kuala kangsar atau sungai besar pastinya mencurah curah bantuan hatta ditengah malam sekalipun....

    BalasPadam
  6. Tak tgok berita....ke...kesian....itulah.jgn.dok.baca wsj je...

    BalasPadam
  7. Datang selepas orang kg buat gotong royong buat jambatan sementara. ...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top