Nuffnang

TERSINGKAP KEBENARAN : Di Sebalik Kenyataan Muhyiddin Mengenai 1MDB


Saya perlu mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan status Facebook terbarunya yang menunjukkan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau merupakan seorang boneka yang dimainkan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Adalah amat dikesali bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri tersebut telah termakan dengan segala dakyah Tun, dan beliau masih belum menyedari bahawa Mahathir hanyalah mempergunakan beliau bagi memuaskan hajatnya, iaitu meletakkan Dato Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Juga amat mendukacitakan yang Tan Sri Muhyiddin menghidapi penyakit “amnesia terpilih”.

Kebenaran mengenai siasatan antarabangsa:

Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin: Peguam Negara Switzerland menyatakan bahawa terdapat sebahagian dana disalahgunakan dan mereka telah pun mengenal pasti beberapa individu bertanggungjawab. Kenyataan ini telah dibuat seakan-akan menggambarkan bahawa PM sedang disiasat oleh pihak berkuasa Swiss.

Apa yang tidak dinyatakannya: Kenyataan ini adalah daripada Peguam Negara Switzerland yang turut menyatakan dengan jelas bahawa PM tidak terlibat dalam siasatan ini. Mengapa Tan Sri Muhyiddin tidak menyebut sekali perkara ini dalam kenyataannya yang panjang lebar. Adakah beliau cuba untuk menyembunyikan satu fakta yang paling penting kerana ini akan menjadikan tuduhannya tidak sah? Sudah tentu, Tan Sri Muhyiddin tidak akan membiarkan kebenaran menjadi penghalang kepada tuduhannya.

Siasatan Jawatankuasa Kira-kira (PAC), di mana ahlinya merangkumi Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak, telah mencapai kata sepakat bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa PM terlibat dengan urusniaga 1MDB. Tetapi adakah Tan Sri Muhyiddin ada menyebut perkara ini dalam kenyataannya? Tidak.

Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin: Beliau mengatakan bahawa PM sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, perlu bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Beliau juga menyatakan bahawa tiada siapa yang dipertanggungjawabkan atas segala isu-isu 1MDB.

Apa yang tidak dinyatakannya: Adakah ada beliau menyatakan bahawa PM juga mempengerusikan banyak lagi agensi kerajaan di negara ini, bukan hanya 1MDB? Inilah sebab mengapa 1MDB mempunyai Lembaga Pengarah, yang menyelia pengurusan dan perjalanan syarikat hari ke hari. Adakah PAC telah mengenal pasti isu-isu yang perlu diperbaiki berkenaan pengurusan 1MDB? Ya. Adakah PAC telah mengarahkan supaya ahli pengurusan 1MDB termasuk bekas CEO supaya disiasat? Ya. Adakah pihak berkuasa dan polis sedang menyiasat individu-individu yang dikenal pasti terlibat? Ya. Adakah siasatan ini telah lengkap? Tidak. Adakah PAC menjumpai sebarang bukti bahawa PM terlibat? Tidak. Dan yang paling penting sekali, adakah Tan Sri Muhyiddin menyebut segala fakta ini? Tidak. Seorang yang jujur, yang mempunyai nilai integriti dan maruah sudah tentu akan menyatakan segala maklumat ini.

Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin: Beliau mendakwa bahawa semua siasatan dalam negara mengenai isu tersebut telah disekat, jadi beliau dan Kelab Anti Najib telah bergantung kepada Wall Street Journal untuk maklumat.

Apa yang tidak dinyatakannya: Setakat ini, semua badan penyiasatan antarabangsa dan tempatan (termasuk Switzerland dan Singapura) tidak menemui sebarang bukti yang melibatkan PM dengan sebarang penyalahgunaan. Akan tetapi, Muhyiddin dan kelab Anti Najib lebih rela berkiblatkan Wall Street Journal. Sudah tentu, WSJ sangat terkenal dengan laporan dan “sumber” mereka yang sangat tepat, yang mendakwa bahawa Ketua Setiausaha Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah akan menjadi Gabenor Bank Negara yang berikutnya. Walaupun akhirnya Datuk Muhammad Ibrahim yang dilantik sebagai Gabenor BNM, ianya tidak mengubah apa-apa. WSJ bersama-sama Tan Sri Muhyiddin tidak akan membiarkan kebenaran menjadi penghalang kepada cerita-cerita sensasi mereka.

Tan Sri Muhyiddin juga “lupa” untuk menyatakan bahawa wartawan WSJ dahulu pernah menuduh Tun Mahathir sebagai korup, terlibat dengan dana RM 100 bilion yang hilang dan menyalahgunakan kuasanya semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Tetapi pada masa itu, Tun Mahathir membuat keputusan untuk tidak menyaman WSJ. Jadi kalau ikutkan logik Muhyiddin dan Kelab Anti Najib, sudah tentu Tun Mahathir juga bersalah atas semua tuduhan tersebut.

Realitinya adalah WSJ kini telah menjadi “kitab suci” pegangan mereka dalam cubaan mereka menjatuhkan seorang pemimpin yang dipilih secara demokrasi.

Mengambil Tanggungjawab

Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin: Berkali-kali menuntut PM patut bertanggungjawab atas segala yang berlaku ke atas 1MDB.

Apa yang tidak dinyatakannya: Fakta bahawa semua siasatan rasmi telah membuktikan bahawa PM tidak terlibat dan Peguam Negara telah pun membersihkan PM daripada segala salah laku.

Sedangkan PM lah yang telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan dan langkah-langkah diambil bagi merasionalisasikan 1MDB supaya ia dapat menguruskan sebahagian besar hutangnya. Adakah wang rakyat digunakan? Tidak.

Pada masa ini, langkah terakhir dalam pelan rasionalisasi 1MDB adalah berkaitan pertikaian dengan IPIC. 1MDB kini sedang berbincang dengan IPIC bagi menyelesaikan perselisihan ini dan enggan membayar faedah seperti yang diminta IPIC (walaupun mempunyai dana mencukupi untuk berbuat demikian) menunjukkan 1MDB sangat menjaga dananya. Adakah rakyat membayar untuk semua itu? Tidak.

Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin: Beliau cuba menakut-nakutkan rakyat dengan mendakwa bahawa rakyat akan membayar hutang 1MDB sebanyak RM 50 bilion.

Apa yang tidak dinyatakannya: 1MDB telah pun melangsaikan sebahagian besar hutangnya dan kini sedang menjalani proses terakhir dalam pelan rasionalisasi dengan IPIC.

Jadi adakah PM telah mengambil tanggungjawab dan adakah beliau cuba menyelesaikan isu ini. Ya. Beliau sedang memastikan bahawa isu 1MDB ini diselesaikan tanpa memberi kesan kepada rakyat.

Tetapi malangnya Tan Sri Muhyiddin tidak dapat menerima apa-apa melainkan PM mengaku bersalah. Jika tidak, Tan Sri Muhyiddin akan masih lagi tidak berjawatan.

Jadi mengapakah Tan Sri Muhyiddin menyembunyikan fakta, memutarbelit cerita dan membuat tuduhan berat sebelah?

Adakah ia kerana beliau masih berharap yang suatu hari nanti beliau akan menjadi seorang Perdana Menteri, atau adakah Tun Mahathir telah menjanjikan bahawa beliau akan diletakkan sebagai Perdana Menteri buat seketika sebelum Mukhriz mengambil alih. Adalah sangat mendukacitakan bahawa seorang yang sangat dihormati dan mempunyai nilai yang tinggi, telah menjual maruahnya dan memfitnah rakan-rakan sejawatnya. Ini bukanlah kali pertama seorang ahli politik yang digugurkan bertindak sebegini. Datuk Mukhriz dan ahli-ahli Kelab Anti Najib semuanya telah hilang kerja dan jawatan mereka kerana mengkhianati parti dan kerajaan.

Mereka tidak nampak cara lain untuk mendapatkan balik jawatan mereka, selain daripada melihat PM dijatuhkan dan digantikan dengan Tan Sri Muhyiddin. Sebab inilah mengapa mereka sangat terdesak, dan orang yang terdesak sanggup melakukan apa-apa sahaja.

credit to Malaysia Today
Share this article

6 Komen:

  1. NAMPAK ALIM. MUKA POYO. REDHA TAPI MEMBEBEL....
    SEKALI MADEY SENTAP TELOR KALAU TAK IKUT CAKAP...KETOR LUTUT. HIDUP SELAMANYA DENGAN FITNAH WALAU TAU KEBENARANYA.

    BalasPadam
  2. Manusia bertopengkan agama..

    BalasPadam
  3. Sapa muhyiddn..ni.rupanya...ada kisah...baca kat RPK...bila dah baca tak tahu nak.cakap apa...dont judge the book by its cover...mcm omputih cakplah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cer perati muka dia. buat muka poyo. muka cari makan. hati tuhan jer yang tau.....

      Padam
  4. Assalam Bro,Allah Yang Maha Mengetahui !Kita tunggu dan lihat bagaimana akhirnya kisah 1MDB ini .....

    BalasPadam
  5. kah kah kah.. ada lagi yg bebal!!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top