Nuffnang

MELAMPAU : Ibu Pelajar Autisme Lapor Polis Tindakan Guru Terlampau


SIKAMAT – Gara-gara makan terlalu lambat, seorang guru tergamak melumurkan makanan di muka seorang murid istimewa (OKU – Autisme). Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada waktu rehat itu di SK Sikama itu, mangsa lambat menghabiskan makanannya menyebabkan guru terbabit berang lalu melumurkan makanan di muka mangsa.
“Anak, jika direnung dari matamu, tidak terfikir ibu akan nasib yang menimpamu. Kau kuat, kau tabah dan kau masih mampu tersenyum. Kau langsung tidak menyedari apa yang berlaku padamu anak. Hadiah dari Syurga buat ibu. Moga Allah akan membalas akan setiap penganiayaan ini,” luah Jeffima di Facebooknya.

Sementara itu, guru wanita terbabit enggan mengaku berbuat demikian dan cuba mempertahankan diri.

“Dia tidak mahu mengaku sedangkan ramai pelajar yang menyaksi kejadian itu. Budak-budak semua takut pada cikgu itu. Mereka kata cikgu itu garang gila,” kata Jeffima.

Tindakan guru terhadap pelajar autisme itu tidak dapat diterima oleh ibu mangsa yang akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis.- SUMBER

Apa dah jadi dengan sistem perguruan kita? Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kisah atau perlakuan guru-guru yang melampaui batas telah dihebahkan di media sosial. Walaupun setiap permasalahan tidak semestinya dituding jari ke arah guru, namun sebagai golongan pendidik, wajarkah tindakan-tindakan terlampau seperti dalam kes ini diambil mudah?

Keadaan telah berubah. Guru-guru perlu mengikut peredaran masa demi menyesuaikan diri dengan mentaliti pelajar dan ibu bapa masa kini. Mungkin dulu tidak dipedulikan kerana guru-guru diberi "kuasa penuh" oleh ibu bapa, tetapi tidak lagi sekarang. Keikhlasan dalam pekerjaan kunci kepada keberkatan dan kelancaran semasa mendidik. Fikir-fikirkanlah....
Share this article

1 Komen:

  1. Assalam Bro,jangan dipersalahkan sistem perguruan.KPM harus lebih perihatin mengenai pemilihan insan yang benar-benar sanggup menjadi guru dan pendidik.Jika nak jadi guru sahaja memang mudah TETAPI nak jadi guru dan pendidik memang sukar.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top