Nuffnang

Jawapan 'Bengong' Bagi Tuduhan 'Bengong' Deklarasi 'Bengong' Tun M + Kit Siang.


Tuduhan 1: Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. 

Jawapan 1: Bengong! Laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013 hanya buat kajian HANYA kepada 8 buah negara sahaja iaitu: Australia, New Zealand, China, Indonesia, Malaysia, Singapore, South Korea, dan Vietnam.


Lepas tu cakap Malaysia antara 10 negara terburuk amal rasuah.

Macam saya gak la, masuk pertandingan lelaki terhensem sedunia, dapat no.3. Tapi apa yang Tun M tak tau adalah yang bertanding tu ada 3 orang sahaja!

Tuduhan 2: Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho. (Jho Low)

Jawapan 2: Bengong! Petrosaudi sendiri telah menyatakan bahawa Good Star Ltd ni anak syarikatnya, dan langsung tidak tiada kaitan dengan Jho Low! Dah berpuluh kali terang pun tak nak dengar!

Tuduhan 3: Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1MDB.

Jawapan 3: Bengong! Bukan sebab mereka ni buat laporan polis je kena tangkap! Apa yang mereka lakukan adalah cubaan untuk sabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun lepas.

Lepas tu bicara Oktober lalu, hakim wat keputusan ini bukan bawah SOSMA tetapi bawah Seksyen 124L dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Ada kaitan ka Tun M oi?

Tuduhan 4: Kisah-kisah dongeng 1MDB.

Jawapan 4: Bengong! Rujuk buku 1MDB: Siapa Kata Tak Dijawab. Semua dah pun dijawab, dok ulang balik soalan yang lama, soalan yang sama. Puak Pro-Tun si Ikhmal Mohamad pun dah tau menda ni. Penat dok terangkan kat dia di Restoran Nagas tahun lepas. Mohon Tun M rujuk kat macai dia sendiri.

Tu, kawan baik Tun M sekarang ni, TSMY dah dengar tentang 86 kali dalam mesyuarat MT dan lebih 100 kali dalam mesyuarat kabinet. Menteri Kewangan II pun dah mengadap TSMY bentang selama 40 minit tentang 1MDB dengan membawa satu fail.

Haram TSMY tak sentuh pun fail tu!
Kalau orang macam saya ni boleh jumpa Arul Kanda minta penerangan sendiri daripada dia, tanya soalan-soalan yang mencabar tentang 1MDB ni seolah-olah saya ni pembangkang dan setiap soalan saya dijawab dengan baik, takkan Tun M tak boleh jumpa dia kot...

Memula Tun M tuduh 42 Billion hilang, lepas tu tuduh 27 Billion hilang, Lepas tu tuduh 2 Billion lak yang hilang. Sekarang nak tuduh apa lagi?

Tuduhan 5: Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank. Najib pada mula menafikannya.

Jawapan 5: Bengong! Dah WSJ masa tu tuduh duit tu datang dari 1MDB. Memang la dinafikan, sebab tak datang dari 1MDB. Dari SRC la apa bagai. Memang kompom duit tu tak datang dari 1MDB!

Tuduhan 6: Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di dalam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan pelaburan. Tetapi jumlahnya kecil.

Jawapan 6: Bengong! Check balik apa yang Najib Razak sendiri sebut tentang kes 2.6B ni. Kalau betul Najib Razak bohong bab 2.6B ni didermakan oleh Raja Arab Saudi, takkan Raja Arab jemput dia pegi Arab punya.

Arab Saudi ni memerintah stail kabilah, dia nak bagi derma kat sapa pun dia punya hal. Dia lihat kat Malaysia ni ketua kabilah dia Najib, dia bagi la kat Najib. Memang la menteri dia tak tau, sebab peribadi duit Raja Arab.

Ambil analogi ini:

Najib Razak seorang bapa, yang anaknya (Negara Malaysia) sedang diserang penyakit kanser (DAP, ISIS dan lelain) maka beliau menghadapi masalah tentang kos pembedahan anaknya ini. Ada sorang dermawan ni dengar, maka dia dermakanlah duit untuk rawatan anaknya tersebut. Selepas selesai pembedahan, Najib Razak melihat ada lagi duit yang tidak terpakai untuk kos pembedahan tersebut, maka sebagai seorang yang jujur, beliau pulangkan lah kembali wang tersebut dengan menyatakan bahawa cukup banyak ini jer untuk pembedahan anakknya. 

Berapa banyak di luar sana yang anaknya menghadapi masalah kesihatan yang perlukan derma, barangkali derma tidak cukup maka tidak pernah kita dengar kes duit dipulangkan.

Tuduhan 7: Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.

Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di dalam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.

Jawapan 7: Bengong! Tun M pun tak pernah saman orang yang dok tuduh dia dulu lesapkan hampir RM100B! Ingat senang ke nak saman-saman ni macam saman parking.

WSJ gunakan kaedah penulisan yang mana susah untuk membuka kes untuk disaman. Pelaporan WSJ tu dia nyatakan bahawa dia melaporkan sahaja berita yang dia peroleh dari sumber dalaman siasatan yang sedang berjalan.

"Nak saman, saman la sumber dia, dia wat keje pelaporan jer" Penjelasan mudah nak faham. Tapi sumber dia siapa tak didedahkan pun.

Kes macam ni kalau disaman akan dibawa di mahkamah luar negara dan akan memakan masa yang amat lama bagi seorang PM. Baik dia berkhidmat kepada rakyat lagi bagus dari nak saman kes yang dia tahu susah nak menang akibat teknikal yang digunakan oleh WSJ.

Tun M pun tahu la mende ni, sebab tu takde dia nak kisah saman orang kat luar negara yang panggil dia macam-macam dulu. Lim Kit Sianglah patut orang pertama Tun M saman sebab tuduhan kat Tun M laaagi banyak. Kita jer tak didedahkan sebab zaman tu takde sosial media macam skang ni.

Tuduhan 8: Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.

Jawapan 8: Bengong! Orang yang dok baca, sign Deklarasi Bengong ni pun dok berjalan-jalan sana-sini takda siapa nak tangkap dia. Apa la cerita tongong dok jaja sana sini ni.

Tuduhan 9: Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di datam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam.

Jawapan 9: Bengong! Dah lama dah ada OSA ni, dari zaman Tun M pun dok ada jugak. Akta untuk Whistleblower tetap ada. Tapi sang cerdik pandai mana yang dok buat kenyataan media dahulu baru nak guna Akta Whistleblower ni? Pergi la senyap-senyap buat laporan kat SPRM ke, Polis ke sebelum buat sidang media panggil semua orang. Memang la tak boleh pakai ko punya akta tu.

Yang jadi tumpuan kepada masalah nak naikkan penjara ke seumur hidup dan sebatan ni sebab banyak kakitangan kerajaan yang dok percaya kat pembangkang ngan Tun M ni dok dedahkan sana sini surat dalaman yang MEMANG dah la dilindungi dengan OSA. Setiap pegawai kerajaan memang akan tandatangani OSA ni sebelum menjawat jawatan mereka. Dok sebar tentang surat Bank Negara ke Tabung Haji tu kat media online. Kan dah ramai orang takda kena mengena tutup akaun Tabung Haji mereka, lepas tu bila umum dividen 5% + 3% semua tepuk dahi.

Ni sebab bila ada pegawai kerajaan yang tak bertanggung jawab ni  bocor rahsia sana-sini, mende bodoh macam ni boleh berlaku!

Tuduhan 10: Rakyat juga semakin menderita.

Jawapan 10: Bengong! Tun M ni cakap tak pernah ada statistik ke, bukti ke, main cakap dan jual je nama rakyat sesuka hati dia. Mohon untuk semak balik statistik insiden kemiskinan dari tahun 1971 sehingga kini. Memang statistik tu tunjukkan penurunan sehinggalah sekarang ini di bawah 0.1% insiden kemiskinan. Zaman 1998 masa Tun M jadi PM, insiden kemiskinan meningkat. Satu-satunya tahun yang dari 1971 sehingga kini meningkat. Cermin sikit la Tun M.

Tuduhan 11: GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.

Jawapan 11: Bengong! GST ni la yang menyelamatkan negara akibat daripada krisis harga minyak dunia. Gila ko kalau tak buat GST ni berapa banyak lagi negara nak rugi. Nasib baik la GST ni dilaksanakan.

Kadar Pengangguran pun dah semakin turun la Tun. Cuba la semak Jabatan Perangkaan sket. Dari 3.7% pada tahun 2009 sekarang dah 2.9% dah.

Tuduhan 12: Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.

Jawapan 12: Bengong! Tok Pa dah keluarkan dah buku TPPA dia tu. Tolong la semak. TPPA ni bukan dengan Amerika sahaja, banyak lagi negara lain. Tengok tuduhan 11, kata industri kepunyaan asing henti operasi dan pindah negara lain. Kalau tak join TPPA ni baru betul berlaku, sebab join TPPA ni la mereka tak pindah keluar. Ish, makin mengarut betul!

Tuduhan 13: Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.

Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tindakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna. 

Jawapan 13: Bengong! Ini kenyataan ni sangat betul zaman Tun M. Dekat meja yang Tun M duduk tu pun ada yang pernah duduk dalam ISA sebabkan Ops Lalang dulu. Tak perasan ke?

Zaman Najib ni kalau boleh, saya sendiri pun nak ISA ni ada balik. Boleh la sumbat pemfitnah-pemfitnah yang tengah dok bermaharajalela sekarang ni. Tapi, dah ini polisi yang Najib pilih. Langsung tiada tahanan politik sepanjang Najib jadi PM. Zaman Tun M berapa ramai?

Anwar Ibrahim bukan tahanan politik ye. Dia pergi meliwat siapa suruh?

Disebabkan hak asasi yang dok ada nilah yang Tun M dengan BFF dia Lim Kit Siang, berhimpun di Rumah Alumni UM buat Deklarasi Bengong ni.

Kalau perkara yang sama berlaku pada Najib berlaku kat Tun M, Pergh~! Tak muat la Pusat Tahanan ISA nak sumbat mereka ni.

Sekian, jawapan kepada Deklarasi Bengong Tun M + Lim Kit Siang.
Share this article

6 Komen:

  1. Adakah kempen #Respectmypm# berkesan.....????
    Macam mana pula impain Wak Zidi Komidi nak dapatkan
    simpati rakyat bial announce ISIS nak culik Jibby...???
    Sila masuk sini dan baca, apa kata orang muda:

    http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=965882&extra=page%3D1&page=6

    BalasPadam
  2. Oleh sebab banyak bengong (Baca Makian) yang kau sebut aku dengan ini mengistiharkan kau sebagai tokoh Maaal Bengong 2016. Sekian...Jawapan macam sampah..

    BalasPadam
  3. tebaikk boh! bengong punya madir

    BalasPadam
  4. Admin mereka yan beri komen kat atas ni...semuanya dalam hati ada nanah....tak pernah nampak kebaikan pun langsung.sedangkan Tan Sri Syed Mokhtar tu pun boleh faham kesian...biarlah mereka dengan hati yang bukan busuk lagi tu tapi dah bernanah..macam kanser mana ada ubat melainkan mereka ni minta petunjuk dari Allah ,rajin solat malam...mudah bukan bagibyang Allah dah beri hidayah ..susah bukan bagi mereka yang hanya ikut membabi buta....

    BalasPadam
  5. Alahai admin.....kalau nk super impose bagi molek sikit...bodoh punya admin tiada modal

    BalasPadam
  6. bengong2 tun madir..ade jugak hasil Nye..bengong2 admin..jawapan cam org x sekoloh..bengong memanjang..share gambor mu sikit admin..nak tgok gop rupe mu guane..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top