Nuffnang

DEKLARASI RAKYAT : Ku Li Dakwa Gerakan Mahathir Mengarut!!!


KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak mahu dikaitkan dengan Deklarasi Rakyat, meskipun namanya disebut sebagai antara mereka yang menandatangani dokumen itu.

“Tidak, ia tidak penting. Jangan libatkan saya dalam hal-hal yang mengarut ini,” katanya ketika diaju soalan oleh pemberita mengenai kewajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO.

Jelas veteran UMNO itu, terserah kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil keputusan sama ada menggantung atau memecat kedua-dua pemimpin parti Melayu itu.

“Saya hanya ahli UMNO biasa sahaja. Anda tanya mereka. Benda ini tidak penting bagi saya,” ujarnya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebelum ini mencadangkan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat dari UMNO memandangkan Deklarasi Rakyat itu bercanggah dasar dan prinsip UMNO.

MAHATHIR TAHU SIAPA DAP

Pengerusi Kelab Naib-naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia, Datuk Mohd Anuar Mohd Yunus mendakwa rakyat tidak dapat menerima mahupun memahami tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bekerjasama dengan parti pembangkang, terutama DAP.

Beliau berkata, Mahathir ketika memimpin UMNO tidak pernah melepaskan peluang mengkritik pembangkang dalam Perhimpunan Agung UMNO saban tahun.

“Ramai yang tidak boleh terima apa yang berlaku…macam mana negarawan kita Tun Mahathir sanggup bersekongkol dengan DAP. Beliau pun tahu siapa DAP.

“Dulu setiap tahun ucapan beliau dalam perhimpunan agung, DAP-lah yang disebut. Tetapi hari ini bersekongkol pula. Rakyat di bawah tak faham mengapa ini boleh berlaku kepada negarawan kita,” katanya dalam sidang media di PWTC hari ini.

Beliau mengetuai sejumlah 80 ahli Kelab Naib-naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia menyerahkan memorandum ‘Menyokong Penuh Kepimpinan Perdana Menteri’ kepada Setiausaha Agung UMNO, yang diwakili Ketua Setiausaha UMNO Malaysia Azwan Aziz.

Selain menyatakan sokongan terhadap Najib, memorandum itu juga mengusulkan pembersihan besar-besaran dalaman UMNO daripada pihak yang tidak setia kepada Najib.

Memorandum itu susulan kepada pelancaran deklarasi rakyat yang ditandatangani pembangkang dan Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO lain untuk mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh itu berkata, Mahathir dan pemimpin UMNO lain yang terlibat tidak akan dapat menentukan hala tuju kerjasama tersebut, yang disifatkannya memiliki ‘idealogi songsang’.

‘Ideologi songsang’ yang dimaksudkannya adalah DAP yang menurutnya menentang setiap unsur Melayu-Islam, dan NGO seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwanya memperjuangkan LGBT dan pemansuhan undang-undang Syariah.

“Kami yakin kelompok ‘desperado’ yang menongkah arus perjuangan UMNO ini akan tenggelam dalam pukulan badai yang direncanakan kumpulan yang anti-UMNO, anti-BN, anti-Melayu dan anti-Islam,” katanya. - FMT
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top