Nuffnang

WOW!!! Kenyataan "Keras" Hj Hadi Buat Pakatan Harapan!!!


“PAS tidak mahu mengambil risiko menyeret negara ke arah anarki yang hanya merosakkan kestabilan politik, menjahanamkan ekonomi serta mengsengsarakan rakyat”

Itu ketegasan PAS Pusat berhubung pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai perhimpunan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, keengganan Abdul Hadi menyertai himpunan pada 27 Mac tersebut selari dengan budaya politik matang yang sedang diterajui oleh PAS.

“PAS menolak politik kebencian dan politik emosi. Sementelah PAS sejak awal memilih kaedah demokrasi untuk menaik dan menurunkan seseorang pemimpin. PAS menolak budaya anarki,” tegas dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan PAS Pusat dalam mempertahankan pendirian Abdul Hadi itu satu tamparan hebat kepada pemimpin Pakatan Harapan dan kumpulan penentang dalaman UMNO.

Pakatan Harapan dan kumpulan penentang dalaman UMNO sedang bekerjasama bagi menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan belakang demi kepentingan politik masing-masing.

Pakatan Harapan dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Kumpulan penentang dalaman UMNO pula merujuk kepada gerakan oleh bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz serta bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdendam dengan Najib.

Semalam, pakar propaganda PKR, Rafizi Ramli menyelar Abdul Hadi kerana enggan menyertai himpunan bagi menjatuhkan Perdana Malaysia tersebut.

Nasrudin menjawab, PAS sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan menjatuhkan pemimpin negara ini secara tidak demokratik seperti yang diusahakan oleh Pakatan Harapan dan Mahathir.

– mynewshub.cc
Share this article

3 Komen:

  1. betullah tu PAS bukan parti baru nak up.. PAS sbg parti yg membawa imej islam kena menunjukkan contoh akhlak yg baik.. PAS tak perlu jd mcm IS atau Taliban.. takkan PAS nak bercampur dgn golongan org2 kecewa kat situ segala mcm musibat ada, ada kaki burit, kaki jubo, LGBT, mahazalim dll cukup lengkaplah segala kedurjanaan dunia ada kat dlm tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ... betul tu, mereka ini telah diserang oleh penyakit barah otak tahap kronik, tunggu masa untuk jadi zombie akibat wabak spring revolution 20-30 tahun dahulu.. perlu waspada bagi yang masih waras..

      Padam
    2. ... betul tu, mereka ini telah diserang oleh penyakit barah otak tahap kronik, tunggu masa untuk jadi zombie akibat wabak spring revolution 20-30 tahun dahulu.. perlu waspada bagi yang masih waras..

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top