Nuffnang

TUN M KELUAR UMNO : Terbaiklah TS Annuar Musa!!!


KENYATAAN RASMI TS ANNUAR MUSA:

Pengumuman TM keluar umno sudah lama di duga.. Pengumuman itu merupakan satu lagi strategi yg berterusan dlm usaha nya "menumpaskan "DSN, selepas usaha mempengaruhi ahli parlimen dan usaha mempengaruhi umno bahagian juga gagal.

Strategi terbaru ini adalah utk MELUMPUHKAN DAN MEMBUNUH UMNO sebagai kaedah terakhir menewaskan DSN.

Pendekatan ini di dorong pengalaman TM dimana beliau bersedia mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya.

Kjaan UMNO Kelantan "dibunoh "dalam usaha TM menewaskan Tengku Razaleigh, Kjaan UMNO Selangor "terkorban "berikutan usahanya menumpaskan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kjaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Badawi..

TM sanggup memberi "hadiah" kepada PAS (Kelantan), PKR (Sngor) dan DAP (P Pinang) asal beliau dapat menewaskan musuhnya. Dalam kata lain sejarah membuktikan TM tidak teragak-agak MENGHADIAHKAN pembangkang kuasa dan kjaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya .

ITULAH TM dalam lipatan sejarah perjuangannya. TO FAIL IS NEVER AN OPTION...

Justeru terpulanglah kepada ahli umno utk melihat episode terbaru ini. Buat TM beliau tidak rugi apa apa kerana beliau dan keluarganya sudah punya segala galanya malah anggota keluarganya tersenarai dlm gulungan billionaire terkaya di Msia. Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat TM utk menjadikan beliau "darling of opposition" dan dengan itu beliau berjaya menukar (turn around) 23tahun kebencian dan harassment pembangkang kpd dirinya yg SELEPAS INI akan di sokong dan dihargai pembangkang ATAS JASA BESARNYA MERUNTUHKAN UMNO.

Sebagai "true Michevellian", matlamat menghalalkan cara. TM tidak sukar melakukan ini kerana di dorong kejayaannya menewaskan TRH, DSAI dan TAB dgn cara ini sebelum ini walaupun kejayaannya itu dibayar dgn harga yg mahal oleh AHLI UMNO terutama di Kelantan, SNGOR dan P Pinang.. Kini TM bersedia menghadiahkan MALAYSIA demi mengekalkan rekod tanpa kalah beliau dlm menewaskan orang yg tidak di gemarinya atau yang tidak mahu mengikut "My Way"

Ahli UMNO sejati harus terima keputusan TM sebagai hak peribadi nya.. Barang siapa berjuang kerana TM mungkin mengikuti beliau DAN BARANG SIAPA BERJUANG KERANA UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR sama sekali tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu KERANA UMNO ITU BUKAN TM.. DAN TM BUKAN MUSUH UMNO.. Tanpa beliau perjuangan tetap diteruskan. SEMOGA ALLAH MELINDUNGI UMNO...

TAN SRI ANNUAR MUSA
KETUA UMNO BHG KETEREH
AHLI NO 000000124

*** Mukhriz, Shafie dan TSMY tak nak ikut Tun M keluar UMNO?

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top