Nuffnang

AKTA RAHSIA RASMI : Bolehkah Isteri Pegawai SPRM Dedah Hasil Siasatan Di FB?


PADA 3 Ogos 2015 yang lalu, Pengarah Bahagian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain telah membuat suatu kejutan dengan berkata “saya rasa pihak Polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak Polis melakukannya,” yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider.
Baca selanjutnya mengenai kes berkenaan disini.

Ingatkan isu Datuk Bahri ini akan sepi dan mengalah begitu sahaja sejurus apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membuat kenyataan rasmi kes dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd ditutup.


Namun disebalik itu dia ‘kembali’ membuat serangan kali kedua keatas kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dengan tidak menunggu komen atau jawapan dari Ketua Pesuruhjaya SPRM, Bahri terus membuat kenyataan secara tiba-tiba bahawa pihaknya (SPRM) akan sedaya upaya menyiasat Najib Razak juga dalam kes dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

Kenyataan Bahri telah disiarkan dalam The Malaysian Insider.

Itu satu hal yang sudah ramai ketahui, tetapi ada lagi satu hal yang mungkin orang ramai masih tidak tahu iaitu mengenai isteri kepada Bahri yang seolah-olah menjadi cybertroopers buat suaminya di media sosial menyerang dan memaki hamun Najib Razak.

Isteri Bahri, Datin Noor Haslina Abdullah antara orang yang paling banyak mengeluarkan status di Facebook menghentam Kerajaan, Peguam Negara dan Perdana Menteri baru-baru ini khususnya mengenai isu berkenaan.


Ya tidak hairanlah seorang isteri memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap suaminya, namun tindakan Noor Haslina dalam Facebook dilihat amat keterlaluan dan bukan lagi untuk menyatakan sokongan terhadap suaminya tersebut.

Penggunaan ayat dan komen-komen Noor Haslina di Facebook amatlah teruk dan kasar dalam memaki hamun Kerajaan khususnya Perdana Menteri.



Malah dia juga menggunakan portal-portal pembangkang sebagai rujukan utamanya dalam mencari maklumat, seterusnya menjadi modal kepada status Facebooknya untuk menjatuhkan imej Najib Razak, ia tidak nampak seperti mahu memberi sokongan kepada suami, tetapi ia dilihat sama seperti penyerang Najib Razak yang lain dalam isu ini.

Sebagai contoh, Tony Pua, Rafizi Ramli, Tun Dr Mahathir Mohamed, para penyokong pembangkang dan para penyokong Mahathir yang menggunakan Facebook memaki hamun Najib Razak mengenai isu ini.


Jika diamati dan dibaca pada beberapa status Facebooknya, Noor Haslina seolah-olah meletakkan dirinya dan suaminya sahaja lah yang paling benar dan tiada orang lain yang berada di landasan kebenaran kecuali mereka berdua semata-mata.

Ayat-ayatnya juga seolah-olah hanya dia dan suaminya sahaja yang ada Tuhan, sedangkan pihak ‘lawan’ mereka seperti Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia hanya ada kuasa namun tiada Tuhan. Adakah ini cakap orang yang cerdik dan beriman?


Satu lagi perkara yang menimbulkan rasa sangsi antara mereka berdua ini ialah, bolehkah seorang pengarah atau pegawai penyiasat menceritakan mengenai bahan-bahan siasatan dan keterangan rahsia sesuatu kes yang sedang berlangsung itu kepada si isteri di rumah?

Mana nilai integriti yang wajib dipegang dan digalas oleh semua penjawat awam dalam menjalankan tugas dan amanah mereka kepada rakyat dan negara?

Sekiranya Bahri menggunakan bahan-bahan penyiasatannya sebagai salah satu modal untuk ‘pillow talk‘ dengan isterinya, ini bermakna nilai integriti dan sumpah simpan rahsia kerajaan di dalam dirinya itu amat tipis.


Selain daripada penyokong pembangkang yang banyak berkongsi cerita dari portal pembangkang dan bersetuju dengan kenyataan-kenyataan pembangkang, Noor Haslina juga dilihat menyokong Mukhriz Mahathir walaupun dia bukanlah anak Kedah dan cukup minat dalam hal ehwal politik Malaysia.


Dari gambaran awal dan pemerhatian ini, ternyata Noor Haslina bukan memperjuangkan sokongan terhadap suaminya semata-mata, tetapi dia sebenarnya anti kepada Najib Razak dan mungkin kepada Kerajaan Malaysia.

Namun, persoalan awal yang terus ingin ditanya adalah, bolehkah penjawat awam menceritakan segala rahsia Kerajaan kepada isteri dan bolehkah si isteri menceritakan rahsia-rahsia Kerajaan di media sosial?

Dimana hilangnya integriti isteri dan pegawai tinggi sebuah badan yang bencikan rasuah itu? – Tv14
Share this article

10 Komen:

  1. Dia pun rakyat yg sepatutnya bebas bersuara..selagi apa yg diluahkannya difb maklumat umum yg diketahui awam .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, patutnya macai najib teliti dahulu komen isteri pegawai sprm itu, di tak bocorkan apa-apa maklumat sulit pun, malahan kenyataan yang beliau buat berdasarkan laporan berita oleh pihak lain.

      Kalah sprm lapor polis pasal hal itu, maka sah sprm adalah kuda tunggangan najib sahajalah, sudahlah sebelum ini bersekongkol dengan najib untuk elakkan najib didakwa atas dakwaan jenayah salah laku dan pecah amanah, kini nak menindas orang lain pula kononnya bocorkan maklumat rasmi sedangkan apa yang ditulis di facebook wanita itu adalah berdasafkan laporan oleh pihak akhbar, bukannya dari dokumen kerajaan pun.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Mr AbuTOH menyokong pengkhianat.
      Bini campur tangan hal ehwal JENAYAH SPRM kau boleh ckp itu betul AbuTOH?
      So mcm mana lah kita boleh percaya dengan tulisan bernajis kau.. justifikasi kau ialah KHIANAT bukan INTEGRITI..

      asal org tu opposite dgn Najib ko akan BALUN habis2an.. ini modus operandi yg sama digunakan Nuar Ketom Bapa Liwat dan juga PASngok ketika kempen.


      Tapi bila Mukhriz dikhianati seluruh UMNO Kedah menggelupor marah.

      Nampaknya kau musang berbulu ayam mengaku pro UMNO.. celakakau AbuTOH Bakar!

      Padam
  2. Tahniah...pegawai SPRm akan disiasat polis kerana tidak amanah.....so Abu bakar yang telah terbakar hati kerana Najib masih jadi Pm...apa kes....sudahlah cukup2 jadi batu api...jangan sewenang wenangnya mencela menfitnah atau menhina pemimpin Islam kamu...tak pulak dengar kau menhentam Azmin.k.Guan eng k.mereka ni lagi kepala penyamun....so...Allah tidak meredhai kamu....kesian....Syabas ..polis tangkap bahari ...pegawai SPRM yang berlagak lebih dari ketua dia sendiri Tan sri Asbu Kasim...siasat pulak dia ...tengok harta dia pula...jangan terperanjat...orang SPRM banyak cerita tentang dia ni...tunggu....

    BalasPadam
  3. Tarik bini dia tu masuk lokap sekejap. Tahan reman 3 hari pun dah cukup, nak tenguk terberak pompuan tu. Najis bole keluar ikut mulut yang takder insuran tu.
    Ada berani? Pejuang taik minyak jer ker?

    BalasPadam
  4. Agaknya tuhan mula menunjukkan kebenaran.Merujuk kepada kebocoran siasatan 1MDB kepada WSJ dan SR mungkin sudah ada petunjuk watak2 yang menjadi dalangnya.Tak lain dan tak bukan ialah peranan orang yang mempunyai kedudukan penting dalam organ kerajaan.Kerja2 celaka ni tak lama pasti akan terburai.

    BalasPadam
  5. Yes..,Allah punya rencana terbaik....untuk buang orang itu untuk buang ini amat sukar tapi kerana kisah 1 MDB dan SR ni..semuanya yang tidak amanah dan berniat jahat Allah timbulkan satu persatu..maka senanglah kerja Pm Najib...syukur Alhamdulillah

    BalasPadam
  6. Tengok muka bini nya pun dah tahu perempuan jenis...bini muda la katakan

    BalasPadam
  7. adala projek yg tak dpt tu...

    BalasPadam
  8. lepas ni mesti betina sundal ni ckp fb kena hack... alasan klise.. dah tau dah game dia..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top