Nuffnang

JIJIK DAN KOTOR : Kilang Kicap & Asam Jawa Diarah Tutup!!!


IPOH: Sebuah kilang memproses kicap dan pes asam jawa diarahkan ditutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Pasukan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Pembangunan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon melakukan pemeriksaan mengejut ke dua kilang tersebut yang terletak di Taman Rishah dan Taman Pertama di sini, Jumaat.

Difahamkan najis tikus ditemui di kawasan pemprosesan dan penyimpanan kilang kicap tersebut.

Dr Mah berkata bekas penyimpanan yang digunakan untuk penapaian kicap juga dibiarkan terdedah.

Selain itu, serangga turut dikesan terapung di dalam kicap yang ditinggalkan semasa proses penapaian.

Di kilang memproses pes asam jawa, bekas penyimpanan juga dibiarkan terdedah dan terdapat carikan surat khabar, tali dan plastik di dalam asam jawa yang telah diproses.

Kilang tersebut diarahkan tutup sehingga 12 Februari mengikut Akta Makanan 1983. - MStar
Share this article

1 Komen:

  1. JANGAN CAKAP JA ADMIN, BAGITAULA JENAMA APA SUPAYA MASYRAKAT BOLEH AJAR SIKIT PRODUK NI

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top