Nuffnang

#KedahBergolak : Veteran UMNO Dedah Perundingan Tun M, Mukhriz Dan Najib


Oh ada cerita lain sebenarnya telah berlaku sebelum ini. Seorang tokoh veteran UMNO hari ini mendedahkan bahawa tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menolak tawaran jawatan Kabinet dalam rombakan lalu, telah memberi kesan kepada UMNO serta hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tokoh tersebut, Tan Sri Rahim Tamby Chik memberitahu, perkara itu berlaku ketika beliau menjadi ‘pendamai’ di antara Najib dengan bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, salah satu inisiatif ‘pendamaian’ yang dibuat oleh beliau dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh ketika itu ialah menawarkan Mukhriz satu jawatan Kabinet pada rombakan yang dilakukan tahun lalu.

“Apabila Tun Mahathir tanya kenapa perlu diubah kedudukan anaknya itu daripada jawatan Menteri Besar, saya menjelaskan bahawa Najib yakin bahawa kedudukan Mukhriz terancam kerana banyak pemimpin UMNO Kedah yang menolak beliau.

“Tun minta saya jumpa Mukhriz untuk menyampaikan tawaran tersebut dan beliau akan mengikut sahaja apa yang bakal diputuskan. Tetapi ma­langnya, Mukhriz menolak tawaran Perdana Menteri itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 20 Januari lalu, seluruh kepemimpinan UMNO Kedah dan wakil rakyat negeri itu menyuarakan pendirian hilang kepercayaan ter­hadap Mukhriz sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ne­geri dan Menteri Besar.

Mengulas lanjut, Rahim yang juga merupakan Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menjelaskan bahawa sehingga kini beliau kesal dengan keputusan Mukhriz itu yang telah menggagalkan inisiatif pendamaian Najib dan Dr. Mahathir. - Utusan

TINGGAL 2 CALON MB

S Tiga nama dalam senarai terakhir calon Menteri Besar Kedah yang baharu untuk dipersembahkan kepada Tuanku Yang Di Pertuan Agong ialah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (ADUN Bakar Bata), Datuk Ahmad Lebai Sudin (Bukit lada) dan Ku Rahman Ku Ismail (Guar Cempedak).

Sungguhpun terdapat usaha terakhir kem Mukhriz yang berjumpa Tunku Temenggung Kedah petang tadi, ia dilihat tidak lagi mengubah apa-apa kerana 20 ADUN BN telah memberi persetujuan kepada Pengerusi BN untuk melakukan perubahan dalam pucuk pimpinan negeri Kedah.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka menemui Yang Di Pertuan Agong, yang merupakan Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim pada Selasa atau Rabu ini bagi mempersembahkan ketiga-tiga nama ini dengan Ahmad Bashah, Timbalan Menteri KPDNKK, sebagai pilihan pertama.

Mohd Najib dijangka memohon perkenan Ahmad Bashah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Menurut sumber, nama Ahmad Zaini Jaafar (Bukit Kayu Hitam) tidak lagi berada dalam senarai akhir untuk dipersembahkan kepada Tuanku walaupun sebelum ini antara yang disebut-sebut sebagai sebahagian calon yang dipertimbangkan.

Bagaimanapun terdapat khabar angin yang bertiup kencang bahawa nama Ahmad Lebai Sudin mungkin menjadi pilihan berikutan hubungan baik beliau dengan Kedah Civil Service (KCS) dan Istana.

Ahmad Lebai Sudin, graduan Universiti Malaya dan juga bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), merupakan ADUN pertama yang memecahkan kemelut politik Kedah pada April tahun lalu apabila mendesak Mukhriz melepaskan jawatan sekiranya tidak menyokong Presiden UMNO dan tidak mampu melakukan perubahan ke atas negeri Kedah.

Ketika itu, Ahmad Lebai Sudin dilihat secara berseorangan mendesak Mukhriz melakukan perubahan pentadbiran dan politik negeri selain menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya yang lalu.

Hanya lebih lapan bulan selepas kontroversi tersebut 14 Ketua UMNO Bahagian tampil menyatakan keperluan melakukan perubahan dalam pimpinan kerajaan negeri dan UMNO negeri.

Terdapat beberapa pihak cuba mempertikaikan cadangan pelantikan Ahmad Bashah kerana tidak berpendidikan sehingga ke peringkat universiti berbanding calon-calon MB yang lain.

Namun Presiden UMNO dikatakan mengambil kira kekananan (seniority) dan sumbangan Ahmad Bashah dalam pilihan raya lalu sebagai faktor utama pencalonan nama beliau.

Nama Ku Rahman turut dicalonkan memandangkan beliau merupakan seorang Exco kanan dan berkelulusan PhD dan sebagai memenuhi kehendak Istana agar dihantar tiga nama. - MYKMU
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top